MALAYSIA
Inisiatif Baucar Buku MADANI RM100 untuk pelajar IPT mula dilaksana esok - KPT
Inisiatif ini bertujuan menyokong pembelajaran dan galakkan budaya membaca, serta bantu ringankan beban kewangan pelajar dan merancakkan industri buku negara. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Inisiatif baucar buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) akan dilaksanakan bermula esok hingga 12 Dis ini, yang bakal memanfaatkan 500,000 pelajar merangkumi universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.
Ringkasan AI
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.
Ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutamanya mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.
"KPT berharap agar semua pelajar yang layak dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri, selaras dengan fokus utama kementerian melahirkan bakat terbaik negara," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan baucar itu boleh digunakan untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi menerusi portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).
Platform sehenti itu menawarkan lebih sejuta judul bahan bacaan, termasuk buku fizikal dan e-book yang disediakan oleh lebih 250 rakan niaga digunakan untuk semakan kelayakan, penjanaan serta penebusan baucar dan pembelian bahan bacaan secara dalam talian sepenuhnya.
KPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif baucar buku RM100 kepada pelajar IPT warganegara Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Baucar buku MADANI bernilai RM100 akan dilaksanakan mulai esok hingga 12 Disember, memanfaatkan 500,000 pelajar IPT termasuk UA, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.
- Inisiatif ini bertujuan menyokong pembelajaran dan galakkan budaya membaca, serta bantu ringankan beban kewangan pelajar dan merancakkan industri buku negara.
- Baucar boleh ditebus melalui portal MySiswaPlace, yang menawarkan lebih sejuta judul buku fizikal dan e-book daripada lebih 250 rakan niaga secara dalam talian.