awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan

Bernama
Bernama
18/01/2025
06:45 MYT
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Ab Rauf memberi penerangan mengenai kod QR Kampung Digital Melaka (KDM) kepada pemilik rumah pada sesi menampal pelekat KDM tersebut di Kampung Guan Kuala Sungai Baru, hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR GAJAH: Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata menerusi inisiatif berkenaan, sebanyak 657 kampung akan melalui proses transformasi digital apabila kediaman dilengkapkan dengan alamat baharu serta diberikan kod respons pantas (QR code) bagi memudahkan pengesanan alamat.
"Dengan adanya Kampung Digital ini, ia dapat memberikan alamat yang tepat, lengkap dengan lokasi, (nama) pemilik rumah dan maklumat mengenai kampung berkenaan.
"Secara tidak langsung membantu pentadbiran kerajaan negeri memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada rakyat di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menampal pelekat Kampung Digital di Kampung Guan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Kampung Guan di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.
Sebanyak 178 rumah di kampung berkenaan akan ditransformasi kepada Kampung Digital.
Ab Rauf berkata transformasi itu dilakukan dengan cerapan oleh pelbagai agensi bagi menggantikan alamat konvensional yang menggunakan sistem perbatuan.
Dalam pada itu, beliau berkata isi rumah yang telah lengkap dengan proses berkenaan boleh menukar kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara secara percuma selain maklumat peribadi juga akan dikemas kini di geran tanah, geran kenderaan, alamat perbankan dan lain-lain mengikut alamat baharu yang diberikan.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pembiayaan dana sebanyak RM3.37 juta bagi pembangunan Kampung Digital Melaka membuktikan komitmen kerajaan menyokong penuh usaha transformasi 623 kampung tradisional di negeri berkenaan.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan Program WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Ab Rauf berkata sebanyak 150 aduan diterima membabitkan pembangunan, pendidikan, sukan dan sebagainya.
"Alhamdulillah, berkat keberkesanan program ini dan melalui peruntukan diberikan, kerajaan negeri berjaya menyentuh 40 pencapaian utama, antaranya pembaikan Balai Raya Kuala Linggi dengan kos RM30,000 dan pembinaan Balai Raya Kampung Guan berjumlah hampir RM1 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Digital Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#kod QR
#pengesanan alamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan