SEPANG: Inisiatif 'Makkah Route' yang bertujuan memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Mekah sangat membantu urusan jemaah haji terlibat selain menjimatkan banyak masa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, menerusi inisitif itu, para jemaah tidak perlu menunggu lama untuk menyelesaikan urusan imigresen.
"Dalam masa singkat, tidak sampai satu jam mereka sudah berada di dalam pesawat. Urusan untuk semakan akhir pasport mereka pula hanya dalam setengah ke satu minit sahaja.
"Alhamdulillah ini merupakan satu perkara yang sangat positif kerana ia memudahkan urusan jemaah, kita tahu ada dalam kalangan mereka terdiri daripada warga emas dan menunggu ini suatu perkara yang menyusahkan mereka," katanya semasa meninjau program 'Makkah Route' anjuran Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Turut hadir Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan Pengarah Eksekutif Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Mohamed Ameen S.M.A Abdul Wahab.
Pelaksanaan 'Makkah Route' membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Mekah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.
Menerusi inisiatif itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah jemaah haji tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di sana.
Malaysia merupakan negara pertama yang terpilih untuk melaksanakan program perintis bagi inisiatif 'Makkah Route' pada 2017 dan ia diteruskan pada 2018 serta 2019.
Tahun ini, Malaysia terpilih menyertai inisiatif itu bersama empat lagi negara iaitu Maghribi, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.
Ahmad Marzuk berkata, setakat semalam, lebih 7,000 jemaah atau kira-kira separuh daripada kuota haji Malaysia telah tiba Mekah melalui inisiatif itu yang memberikan perbezaan kepada para jemaah terutama ketika melalui pemeriksaan imigresen.
"Bagi yang pernah pergi haji sebelum ini mereka boleh bandingkan antara dulu dengan sekarang, tapi jika ini kali pertama mereka pergi jadi mereka datang semuanya sudah senang dan mudah," katanya.
Beliau berkata, pengurusan yang teratur dan hubungan yang kukuh antara Malaysia dan Arab Saudi menjadikan negara ini terpilih antara lima negara yang menyertai inisiatif itu pada tahun ini.
Bagi jemaah haji, Idris Md Nor, 49, beliau tidak menyangka semua urusan untuk pergi haji melalui inisiatif itu sangat mudah.
"Berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang telah mengerjakan haji sebelum ini, mereka kata agak susah dan kelam kabut, tapi bagi saya walaupun pertama kali pergi ke sana, saya rasa macam mudah dan teratur segala urusan kerana telah dibawa dan diiringi oleh para petugas haji dan saya juga tidak perlu bertanya banyak sangat," katanya.
Seorang jemaah yang mengalami masalah mata dan slipped disc, Zuzalina Mustafa, 57, berkata inisiatif itu sangat membantu dan memudahkan urusannya kerana dia tidak perlu berjalan jauh. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Ahmad Marzuk Shaary bersama Dr Mahmoud Hussien Saeed Qatta menyantuni jemaah haji semasa melawat kemudahan Makkah Route yang disediakan Kedutaan Besar Arab Saudi di KLIA hari ini. - Gambar BERNAMA

Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.

COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.

Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.

Agenda AWANI: World Urban Forum (WUF11) | Rejuvenasi bandar, mesra rakyat
Bagaimana bandar sedia ada boleh melalui proses rejuvenasi untuk menambahbaik kemudahan sedia ada yang mampu memberikan impak positif dan persekitaran berkualiti kepada hidup rakyat?

BYDPA | Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat Sarjana.

Kebebasan Bersuara | Forum berkaitan kebebasan bersuara perlu diperbanyakkan
Ruang perbincangan tentang kebebasan bersuara perlu lebih diperbanyakkan sekiranya mahu masyarakat mencapai kematangan dan bersedia menghadapinya.
![[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha [TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975873/thumbnails/8967789641656505123885_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha
Ikuti pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha 1443H/2022M.

Tenaga Kerja | Beri maklumat sebenar mengenai layanan, fasiliti
20 pengamal media Indonesia daripada pelbagai agensi di bawa melihat sendiri keadaan kehidupan sebahagian warga kerja negara itu di Malaysia yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati membabitkan warga kedua-dua negara. Program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu membawa mereka mengunjungi Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi yang didiami lebih 1,300 warga kerja wanita Indonesia mungkin akan memberikan catatan maklumat sebenar untuk disampaikan.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022) [INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975870/thumbnails/8967789641656504253072_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)

Inisiatif 'Makkah Route' mudahkan urusan jemaah, jimatkan masa
Menerusi inisiatif 'Makkah Route' anggota imigresen Arab Saudi berada di kaunter di KLIA akan memeriksa pasport jemaah haji jemaah Malaysia.

Makkah Route: Budi bahasa, disiplin dan pengurusan jadikan Malaysia pilihan Arab Saudi
Malaysia satu-satunya negara yang menjadi pilihan kerajaan Arab Saudi ketika kali pertama program tersebut dilaksanakan.

Arab Saudi setuju teruskan 'Makkah Route' kepada jemaah haji Malaysia
Inisiatif itu memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa.