KUALA LUMPUR: Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah sejak hujung bulan lepas tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia sebaliknya adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.
Beliau berkata sejak dilancarkan, Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai peniaga bersama menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.
"Ramai golongan peniaga berlumba-lumba menyertai inisiatif ini dengan menawarkan juadah serendah RM5 di premis mereka, ini maknanya mereka mahu bersama melakukannya dengan semangat kebajikan tanpa paksaan sesiapa.
"Jadi konsepnya di sini jelas, tiada libat satu sen pun duit kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan inisiatif Menu Rahmah yang kini disertai Persatuan Pengusaha Tom Yam Malaysia (Pertom) di Lembah Keramat di sini semalam.
Salahuddin berkata kementeriannya tidak pernah memaksa mana-mana perniagaan, pengusaha dan pemain industri makanan baik besar mahupun kecil untuk melibatkan diri di dalam penjualan Menu Rahmah.
"Kita tidak paksa, sebaliknya ia adalah satu libat urus dengan industri antaranya Mydin (Mydin Mohamed Holdings Berhad), Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia, Pertom dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.
"Selepas sesi libat urus ini barulah kita kemukakan idea Menu Rahmah ini dengan sasaran pembeli ialah mereka yang memerlukan juadah harian pada harga mampu," katanya.
Katanya kementeriannya sedang dalam proses membangunkan satu aplikasi yang mengandungi direktori premis makanan yang menawarkan sajian Menu Rahmah di seluruh negara.
Beliau berkata ia bagi memastikan rakyat mempunyai maklumat terhadap peniaga yang menyertai inisiatif kerajaan itu di kawasan mereka selain pada masa sama mempromosikan premis yang menawarkan jualan Menu Rahmah.
Pada 31 Jan lepas, Salahuddin melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Salahuddin beramah mesra bersama pelanggan ketika hadir merasmikan Menu Rahmah bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia di Medan Selera Lembah Keramat AU5 semalam. --fotoBERNAMA

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

320,000 pelajar B40 layak nikmati Menu Siswa Rahmah RM3.50
Seramai 320,000 pelajar dalam kumpulan B40 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk politeknik di seluruh negara layak menikmati Menu Siswa Rahmah pada harga RM3.50.

KPDN Kelantan saran peniaga bazar Ramadan sedia Menu Rahmah
Tindakan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang merancang untuk membuka Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara tidak lama lagi.

Lebih 1,500 premis perniagaan laksana inisiatif Menu Rahmah - Salahuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sebanyak 1,531 premis perniagaan telah mendaftar dalam melaksanakan Inisiatif Menu Rahmah.

1,191 premis tawar Menu Rahmah berdaftar dengan KPDN setakat Rabu lepas
Sambutan baik daripada peniaga juga dijangka meningkat dengan perluasan Menu Rahmah di bazar Ramadan tidak lama lagi.

Bazar Ramadan Rahmah: KPKT akan adakan perbincangan dalam masa terdekat
KPKT akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung cadangan pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah tahun ini.

Menu Rahmah: KPDN Kedah sasar 200 premis menjelang Ramadan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyasarkan sebanyak 200 premis makanan di negeri itu akan menawarkan Menu Rahmah sebelum tibanya bulan Ramadan.

173 premis tawar Menu Rahmah di Perak - Exco
Setakat ini sebanyak 173 premis kedai makan di Perak telah menyertai program Menu Rahmah, sejak ia dilancarkan 31 Jan lepas.

Lima kementerian bermesyuarat teliti laporan isu ketirisan subsidi diesel
Salahuddin juga telah mengarahkan agar satu pasukan bertindak khas ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel.

Rakyatlah pemenangnya apabila ramai pemain industri menawarkan 'Menu Rahmah' - Salahuddin
Inisiatif Menu Rahmah yang sudah hampir sebulan dilancarkan, telah mengumpulkan lebih 1,300 premis.

Inai keluaran Che Ta dijual dengan harga 'Rahmah'
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Anas Zahrin terus mencuri perhatian.