awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Payung Rahmah perlu diteruskan - Zahid

Bernama
Bernama
24/07/2023
07:06 MYT
Inisiatif Payung Rahmah perlu diteruskan - Zahid
Ahmad Zahid menjirus air mawar ke pusara Allahyarham Salahuddin Ayub selepas selesai upacara pengebumian jenazah Menteri KPDN itu pagi tadi. -Astro AWANI/Fareez Azman
PONTIAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu inisiatif Payung Rahmah diteruskan oleh pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nanti.
Ahmad Zahid berkata ia kerana rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup ketika ini.
"Allahyarham seorang yang sangat baik, rajin bekerja tidak mengira masa dan tidak kira di mana jua. Dalam Kabinet, beliau merupakan seorang yang sangat bekerja keras dan teliti terutamanya apabila menjalankan tentang inisiatif Payung Rahmah.
"Ia harus diberikan kesinambungan oleh sesiapa yang akan dilantik menjadi menteri selepas ini kerana rakyat pasti teringat akan sumbangan beliau pada negara melalui skim Payung Rahmah ini," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini hari ini.
Saya sempat hadir ke pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan hati, hanya doa yang mampu dititipkan buatmu wahai sahabat. pic.twitter.com/8JEfPMJBLN
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) July 24, 2023
Sejak memegang jawatan Menteri KPDN, Salahuddin telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah jenama Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Salahuddin Ayub
#kpdn
#Inisiatif Payung Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan