KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Sept untuk sebutan permohonan injunksi yang difailkan bekas Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu bagi permohonan berkenaan yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.
Mahkamah juga memerintahkan defendan pertama memfailkan dan menyerahkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 25 Ogos.
Terdahulu, semasa prosiding pengurusan kes, peguam Shankar Ram yang mewakili Raghad memohon masa 14 hari untuk memfailkan afidavit atas alasan suami anak guamnya, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud baru sahaja menjalani pembedahan.
Beliau berkata Raghad menemani Abdul Taib sepenuh masa dan peguamnya kadangkala menghadapi kesukaran untuk menghubunginya kerana beliau berada di hospital di Istanbul, Turkiye.
Sulaiman yang juga pengarah urusan kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili oleh Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan.
RHB Bank Berhad pula diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn
Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.
Sulaiman adalah anak lelaki kedua Abdul Taib menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Toh Puan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.
Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Dis 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Mahkamah juga memerintahkan defendan pertama memfailkan dan menyerahkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 25 Ogos. -Gambar hiasan
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
16 Okt pendengaran injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri
Penetapan tarikh itu bagi permohonan berkenaan yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.
Injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri: Mahkamah tetap 4 Sept untuk sebutan
Mahkamah juga memerintahkan defendan pertama memfailkan dan menyerahkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 25 Ogos.