MALAYSIA
Inkeus Zara Qairina: Doktor forensik, warden asrama dijangka beri keterangan hari ini
Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersambung di Mahkamah Koroner di sini hari ini, dengan seorang pegawai perubatan dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) dijangka tampil memberikan keterangan.
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersambung di Mahkamah Koroner di sini, hari ini, dengan seorang pegawai perubatan dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) dijangka tampil memberikan keterangan.
Peguam keluarga arwah, Shahlan Jufri memaklumkan, sekiranya masa mencukupi, pihak mahkamah juga berkemungkinan memanggil ketua warden asrama untuk memberi keterangan selepas doktor tersebut selesai menjadi saksi.
“Jika pemeriksaan terhadap ketua warden dapat diselesaikan dalam minggu ini, besar kemungkinan saksi kanak-kanak akan mula dipanggil selepas itu.
"Sekiranya tidak, mereka dijangka memberi keterangan pada minggu hadapan,” katanya.
Prosiding hari ini merupakan hari kelapan perbicaraan inkues kematian Zara Qairina yang berusia 13 tahun.
Setakat ini, enam saksi telah tampil memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Antara saksi yang telah dipanggil ialah pakar patologi HQE, Dr Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat; pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh dan pegawai perubatan Jabatan Kecemasan HQE, Dr Janefer Voo.
Turut memberi keterangan ialah pegawai perubatan Jabatan Neurosurgeri HQE, Dr Pavankumar Balachandran; pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPK Sabah, Inspektor Maidon Bernadus serta pengawal keselamatan yang berada di lokasi ketika Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah.
Mahkamah Koroner tidak mengeluarkan perintah larangan bersuara secara rasmi, namun semua pihak termasuk media diingatkan mengenai tanggungjawab di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.
Lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes ini hanya dirujuk dengan abjad A, B, C, D dan E. Nama kanak-kanak lain yang disebut sepanjang prosiding juga tidak disiarkan oleh media bagi melindungi identiti mereka.
Inkues ini yang bermula pada 3 September lalu dijadualkan berlangsung sehingga 30 September pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.