Saksi kesembilan Prosiding Inkues mencari punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, R. Naresh, hari ini mendedahkan terlihat kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanan Allahyarham pada malam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, pada November lalu.
Menceritakan situasi ketika itu, Naresh mengiringi Allahyarham Adib ke hospital (Subang Jaya Medical Center pada malam itu menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm berwarna merah.
"Saya nampak ada kesan tapak kasut dan lebam kemerahan di bahagian rusuk kanan dia (Adib), dia tak sedarkan diri dan saya terus bercakap bersamanya tetapi tiada respon", katanya ketika menyambung keterangan di hadapan Koroner, Rofiah Mohammad pada Isnin minggu kedua prosiding.
Naresh yang juga anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) memberitahu, telefon bimbit milik Allahyarham Adib turut menerima panggilan daripada anggota bomba PB Azrul pada ketika itu.
"Dalam perjalanan ke hospital ada anggota bomba (Pb Azrul) menghubungi telefon bimbit Adib dan saya maklumkan ada anggota bomba cedera dan saya dalam perjalanan membawanya ke hospital", jelasnya lagi.
Naresh tiba di hospital kira-kira jam 2.30 pagi sebelum tiga pegawai bomba hadir bertemunya.
Sebaik tiba di hospital, Naresh turut menyerahkan kesemua barangan peribadi milik Allahyarham kepada abangnya, Mohd Asyraf Mohd Kassim termasuk telefon bimbitnya.
Prosiding pada sesi pagi berhenti rehat pada pukul 1 tengah hari dan akan disambung semula pada sebelah petang.
BACA: Muhammad Adib meninggal dunia
BACA: Inkues Adib: 'Halau! Jangan bagi bomba turun' - Saksi
BACA: Inkues Muhammad Adib dilaksanakan dengan teliti
Hilmi Malik
Mon Feb 18 2019
SAKSI kesembilan mendedahkan terdapat lebam kemerahan di bahagian rusuk kanan Allahyarham Muhammad Adib. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Polis Pahang mohon inkues kes lelaki kemalangan di Cameron Highlands
Polis Pahang akan merujuk kepada pihak pendakwaan negeri untuk membuat permohonan inkues susulan kes kematian seorang lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Cameron Highlands.
Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon
Amidon Anan berkata tidak ada memberikan pendapat yang mangsa kemungkinan mati disebabkan dibunuh.
Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan
Empat belas saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada prosiding hari pertama inkues bagi menyiasat punca kematian bayi 'Baby Syifa'.
Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept
Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Bayi maut di buaian: Sebutan semula inkues kematian pada 29 Jun
Mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana masalah kesihatan.
TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis
Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia
Kertas siasatan kes berkenaan telahpun diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.
Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kes itu masih disiasat dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat TPR dalam masa terdekat.
Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat
Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian remaja perempuan Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin.
4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam
Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban.