Inkues Adib: Orang awam dihalang masuk kawasan rusuhan - Saksi

Hilmi Malik
Februari 18, 2019 10:59 MYT
Kereta terbalik selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman berlaku pada Nov lalu. - Gambar fail
Saksi kesepuluh prosiding inkues anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu mahkamah koroner beliau telah dihalang oleh seorang individu masuk ke dalam kawasan rusuhan di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya akibat bimbang dipukul.
Mohd Hafizan Nordin, 33 tahun yang juga pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm ketika itu cuba menolong sekumpulan lelaki yang sedang mengusung anggota bomba (Adib) yang cedera.
"Masa saya berada di laluan itu terdengar jeritan orang meminta tolong, tapi saya dalam keadaan 50/50 dan niat saya untuk membantu bomba yang cedera jadi terus masuk kawasan rusuhan itu", katanya ketika memberi keterangan di hadapan koroner Rofiah Mohammad di sini pada Isnin.
Pada ketika itu, seorang lelaki India turut menaiki kenderaan menuju ke Pusat Perubatan Subang Jaya.
Menurut Hafizan, beliau berada di hospital sekitar 30 ke 40 minit sebelum beredar.
Esok seorang lagi saksi awam yang merupakan saksi ke-11 akan hadir memberi keterangan yang bermula pada jam 10 pagi.
#bomba #cedera #inkues #kuil sri maha mariamman #maut #Mohd Hafizan Nordin #Muhammad Adib Mohd Kassim #perubatan #rusuhan #Subang Jaya