NATIONAL
Inkues Adib: Pemuda Pas, NGO tuntut Tommy Thomas letak jawatan

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, mendesak Tommy agar tidak membuat rayuan semula terhadap keputusan kes inkues berkenaan. - Foto Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Dewan Pemuda Pas Malaysia menuntut Peguam Negara, Tommy Thomas dipecat atau direhatkan sehingga keadilan terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat ditegakkan sepenuhnya.
Pada masa sama, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, mendesak Tommy agar tidak membuat rayuan semula terhadap keputusan kes inkues berkenaan.
“Kami berasa sangat bersyukur kerana keputusan koroner bahawa kematian adalah disebabkan jenayah. Kami menuntut agar Tommy Thomas dipecat atau direhatkan sehingga keadilan untuk Adib dapat ditegakkan.
Kata Presidennya, Abu Bakar Mohamed, Tommy gagal memberikan keadilan kepada Muhammad Adib.
“Kita sudah ada pakar bedah siasat, forensik, jadi inkues ini untuk apa? Tidak ada tujuan pun,” katanya.
“Ini kerana kita tidak hendak negara kita jadi huru-hara, kita tidak hendak negara kita jadi macam Syria yang menjadi barua kepada kuasa besar Barat,” tambahnya.
Selepas keputusan dibuat mahkamah koroner berhubung inkues Muhammad Adib, himpunan dibuat NGO di luar perkarangan mahkamah Shah Alam dilaporkan berjalan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Kawalan pihak polis yang cukup mantap memastikan keadaan sentiasa terkawal.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami