awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/07/2019
09:36 MYT
Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik
DR AMIR: Dalam kes ini sepatutnya berat Adib tidak patut diambil kira, tidak boleh menghasilkan daya dalaman sendiri. - Astro AWANI
Pakar Fizik Universiti Teknologi Mara UiTM tidak bersetuju dengan teori yang dikemukakan Pakar Forensik HKL, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berhubung teori kecederaan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang menyebabkan kepatahan pada tulang rusuk belakang 1 hingga 7.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UiTM, Dr Amir Radzi Ab Ghani berkata, mengambil kira berat van EMRS dan Muhammad Adib adalah tidak tepat, sebaliknya ia hanya melibatkan pengiraan berat terhadap berat pintu van EMRS sahaja.
“Dalam kes ini sepatutnya berat Adib tidak patut diambil kira, tidak boleh menghasilkan daya dalaman sendiri.
“Berat EMRS hanya boleh diambil kira sekiranya impak secara langsung tetapi hanya pintu van yang melanggar dia.
“Jadi saya tak setuju teori Hafizam mengambil kira berat kenderaan dan mangsa,” katanya kepada Mahkamah Koroner pada Selasa.
Tambahnya lagi, Muhammad Adib tidak mungkin akan terhumban jauh ke hadapan dan kecederaannya tidak serius sekiranya dalam keadaan bergerak berbanding kedudukan statik.
"Dia akan jatuh di situ juga dan tidak akan terhumban berbanding kalau dia statik,” katanya lagi yang merujuk kepada kecederaan seperti yang didakwa oleh Pakar Forensik HKL itu.
Beliau yang merupakan saksi ke-30 hadir bagi sesi prosiding inkues bagi membantu memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran.
Prosiding bersambung esok di hadapan Koroner Rofiah Mohammad.
Topic Berkaitan
#anggota bomba
#dr amir radzi ab ghani
#Inkues Adib
#insiden kuil
#mahkamah
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#pakar fizik
#pakar forensik HKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan