awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: Tiada kesan manusia pada jentera FRT, EMRS - Pegawai Sains

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/03/2019
09:16 MYT
Inkues Adib: Tiada kesan manusia pada jentera FRT, EMRS - Pegawai Sains
Mohamad Firdhaus Ramli berkata, dia tidak menemui bukti untuk kaitkan pelanggaran dengan manusia.
Pegawai Sains Forensik Jabatan Kriminalisitik Jabatan Kimia Malaysia, Mohamad Firdhaus Ramli, 33, mengesahkan tiada sebarang kesan penglibatan manusia terhadap Jentera Fire Rescue Tender FRT dan juga Van EMRS berdasarkan laporan makmal yang dikeluarkan oleh pihaknya.
"Saya tidak menemui bukti untuk mengaitkan pelanggaran dengan manusia berdasarkan kepada tiada sebarang bukti fizikal sama ada baju, fabrik, fibre atau darah atau rambut di kedua dua kenderaan," katanya kepada pegawai pengendali inkues Faten Hadni Khairuddin.
Bagaimanapun, Firdhaus yang merupakan saksi ke-26 tidak menolak kemungkinan bukti biologi tersebut hilang disebabkan faktor persekitaran seperti hujan.
"Pada pendapat saya sendiri kesan itu boleh hilang bergantung kepada persekitaran seperti hujan tetapi dalam kes ini di luar pengetahuan saya", katanya lagi.
Pada keterangan itu juga, beliau berkata, pihaknya hanya mengesahkan terdapat pelanggaran yang konsisten antara jentera FRT dan Van EMRS berdasarkan analisa spesimen cat yang dikaji dan kesan pelanggaran.
BACA: Inkues Adib: Saya minta maaf, buat kenyataan terlalu emosi - Cik Miera
Topic Berkaitan
#bomba
#inkues
#Jabatan Kriminalisitik Jabatan Kimia Malaysia
#Mohamad Firdhaus Ramli
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#Pegawai Sains Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan