Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Inkues kematian Zara Qairina: Mahkamah tetapkan tarikh sebutan

Astro Awani 18/08/2025 | 00:05 MYT
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan kes bagi prosiding inkues untuk menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci diberikan setakat ini, termasuk sama ada prosiding inkues akan bermula dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Hamid Ismail, tarikh hari ini hanya ditetapkan untuk sebutan kes dan bukan permulaan inkues penuh.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.






#Zara Qairina Mahathir #inkues kematian #tarikh sebutan kes #Hamid Ismail