MALAYSIA
Inkues kes kematian Zara Qairina bermula esok
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini.
Ringkasan AI
Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept serta 22 hingga 30 Sept akan dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku koroner.
Sebanyak 70 saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja terbabit akan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding inkues berlangsung.
Prosiding akan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pendakwa iaitu Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan serta Dacia Jane Romanus.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas. Remaja berkenaan sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan bermula esok di Mahkamah Koroner dan dijadualkan berlangsung selama 19 hari sepanjang September.
- Sebanyak 70 saksi termasuk pakar patologi akan dipanggil memberi keterangan; prosiding dikendalikan oleh pasukan pendakwaan yang diketuai Datuk Badius Zaman Ahmad.
- Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolah di Papar pada 16 Julai dan meninggal dunia sehari kemudian; AGC arah inkues selepas siasatan polis dan bedah siasat semula.
Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept serta 22 hingga 30 Sept akan dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku koroner.
Sebanyak 70 saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja terbabit akan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding inkues berlangsung.
Prosiding akan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pendakwa iaitu Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan serta Dacia Jane Romanus.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas. Remaja berkenaan sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
-- BERNAMA

#Kematian Zara Qairina
#inkues kematian bermula
#pelajar tingkatan satu
#mahkamah koroner
#Kota Kinabalu
#terkini