MALAYSIA
Inkues: Wujud budaya 'MA' di asrama, Zara Qairina mungkin dipanggil senior ke perjumpaan haram - Saksi
Saksi keenam Linah Mansoding @ Jaliha, memberi keterangan pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan mengesahkan wujudnya budaya dikenali sebagai 'MA', iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior, di asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.
Ringkasan AI
Saksi keenam prosiding inkues, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata beliau tidak menolak kemungkinan pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.
Katanya, pada awalnya beliau tidak mengetahui makna istilah 'MA', namun kemudian memahami maksudnya selepas dijelaskan oleh pelajar asrama terbabit.
Linah, ibu kepada empat anak, memberi keterangan berhubung perkara itu ketika disoal peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues.
"Saya pun tidak faham mula-mula 'MA' ini apa, tanya budak-budak baru mereka terangkan. Selalunya, senior panggil junior, tujuannya untuk teguran dan nasihat, tidak hormat, limpas (lalu) pun tidak senyum, itulah macam dia orang bagi nasihat kepada adik-adik. Jangan begitu, jangan begini," katanya sambil menambah, budaya itu telah dilarang dan diharamkan.
Shahlan: Istilah 'MA' ini -Mesyuarat Agung kah?
Linah: Itu saya tidak tahu, saya tahu 'MA' sahaja.
Shahlan: Tadi, puan ada beritahu 'MA' ni diharamkan oleh sekolah?
Linah: Bukan dilarang di sekolah, di asrama sahaja.
Shahlan: Kenapa dilarang dan diharamkan?
Linah: Kerana pelajar senior bertindak sesuka hati. Mereka tidak dibenarkan memanggil junior sesuka hati. Kalau ada kesalahan, lapor kepada cikgu dan cikgu yang akan menasihat. Sepatutnya cikgu yang panggil, bukan senior. Itu pun cikgu tidak tahu mereka buat begini.
Shahlan: Sesi sekolah 2025 baru bermula bulan Mac, bila kali terakhir, puan dengar mengenai 'MA'?
Linah: Macam tiada, lama sudah.
Shahla: Ada kemungkinan, Zara Qairina kena 'MA' disebabkan tuduhan mencuri?
Linah: Mungkin.
Ketika ditanya berapa kali beliau memberi keterangan kepada polis berhubung kes Zara Qairina, saksi menjawab "tujuh kali".
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Saksi inkues mengesahkan wujudnya budaya 'MA' di asrama perempuan SMKA Tun Datu Mustapha, iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior yang bertujuan memberi teguran, namun telah diharamkan kerana pelajar senior bertindak sesuka hati.
- Terdapat kemungkinan Zara Qairina dipanggil menghadiri sesi 'MA' berikutan tuduhan mencuri wang pelajar lain, namun saksi tidak pasti bila kali terakhir sesi itu diadakan.
- Saksi memberi keterangan bahawa beliau telah dipanggil polis sebanyak tujuh kali berhubung kes Zara Qairina, yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah pada 16 Julai.