MALAYSIA
Inkues Zara: 'Circle 19’ sering panggil pelajar junior jika barang hilang di asrama - Saksi
Rizwandean M. Borhan merupakan salah seorang peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: Saksi ke-11 dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, di sini hari ini, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kumpulan pelajar senior dikenali sebagai 'Circle 19' sering memanggil pelajar junior apabila berlaku kehilangan barang atau kes kecurian di asrama.
Ringkasan AI
Peguam Rizwandean M Borhan berkata, saksi itu memaklumkan bahawa kebiasaannya lima hingga tujuh pelajar senior daripada kumpulan itu, yang menyoal pelajar junior yang disyaki.
“Saksi berkata, tindakan itu telah berlaku beberapa kali, namun beliau tidak pernah menyertai kumpulan berkenaan.
“Beliau turut mendedahkan bahawa Zara pernah dipanggil beberapa kali oleh pelajar senior sebelum 15 Julai 2025, dan selepas dipanggil, Zara dilihat dalam keadaan sedih dan tertekan,” katanya semasa sidang media di luar mahkamah, hari ini.
Malah, menurut Rizwan, saksi itu turut menjelaskan bahawa setiap tingkatan mempunyai kumpulan pelajar tersendiri, namun 'Circle 19' merupakan kumpulan terbesar dalam tingkatan beliau dan mempunyai seorang ketua.
Katanya, bukan menjadi kebiasaan untuk pelajar senior menyelongkar lokar junior, atau memaki dan menjerit terhadap pelajar lain.
Menurut saksi itu, sekiranya berlaku kes kecurian, langkah sepatutnya adalah melaporkan perkara itu kepada guru, bukan mengambil tindakan sendiri.
"Saksi ini kasihan melihat keadaan Zara dan pernah dua atau tiga kali pergi ke dorm Zara untuk meminta maaf bagi pihak pelajar senior serta memujuk Zara supaya tidak terlalu tertekan.
"Beliau berasa simpati kerana ketika di Tingkatan Satu dahulu, dia juga pernah mengalami situasi serupa apabila dipanggil oleh pelajar senior," ujar Rizwandean.
Saksi pelajar ini selesai memberikan keterangannya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan kira-kira pada pukul 12 tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Saksi ke-11 inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan kumpulan pelajar senior 'Circle 19' sering memanggil pelajar junior untuk disoal siasat apabila berlaku kehilangan barang atau kes kecurian di asrama.
- Zara dilaporkan pernah dipanggil beberapa kali oleh pelajar senior sebelum 15 Julai 2025 dan dilihat dalam keadaan sedih serta tertekan selepas insiden tersebut, menurut saksi yang turut pernah memujuk Zara agar tidak terlalu tertekan.
- Saksi menyatakan tindakan menyelongkar lokar dan memaki pelajar bukan kebiasaan, dan sebarang kes kecurian sepatutnya dilaporkan kepada guru, bukan diselesaikan sendiri oleh pelajar senior.