[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Inkues Zara Qairina: 21 beg barang kes dibawa ke Mahkamah Koroner

Astro Awani 08/09/2025 | 04:00 MYT
Sebanyak 21 beg barang kes mengandungi spesimen tulisan tangan dibawa ke Mahkamah Koroner untuk inkues kematian Zara Qairina Mahathir. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Sebanyak 21 beg barang kes yang mengandungi spesimen tulisan tangan dipertikai dibawa ke Mahkamah Koroner hari ini, berhubung inkues kematian kanak-kanak, Zara Qairina Mahathir.


Ringkasan AI
  • Sebanyak 21 beg barang kes mengandungi spesimen tulisan tangan dibawa ke Mahkamah Koroner untuk inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
  • Barang kes itu telah dimeterai rasmi oleh PDRM dan dihantar ke bahagian forensik untuk dianalisis.
  • Inkues diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, dengan siasatan forensik sedang dibentangkan di mahkamah.


Barang kes itu diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis, termasuk diari dan buku nota yang mengandungi tulisan tangan dipersoalkan dalam siasatan.

Pemeriksa dokumen, Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, berkata beliau berkhidmat lebih 21 tahun di Jabatan Kimia Malaysia sejak 2004 dan diwartakan sebagai pemeriksa dokumen pada 2006.

Beliau yang juga Pegawai Sains itu sudah terlibat dalam 620 kes forensik, termasuk 120 kes berkaitan pengesahan tulisan tangan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Katanya, beliau menjalankan pemeriksaan terhadap semua tulisan tangan menggunakan kanta pembesar serta peralatan saintifik Video Spectral Comparator.

Hasil perbandingan mendapati sebahagian tulisan tangan yang dipertikai menunjukkan persamaan signifikan dengan contoh tulisan tangan milik arwah.

“Berdasarkan ciri persamaan yang mencukupi, saya berpendapat tulisan tangan tersebut ditulis oleh penulis contoh,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tulisan tangan pada sebuah buku nota lain menunjukkan keputusan bercampur dengan sebahagian muka surat ditulis oleh arwah, manakala selebihnya berbeza serta tidak ditulis oleh individu sama.

“Malah, pada muka surat pertama buku nota itu, terdapat campuran tulisan tangan penulis contoh bersama seorang lagi individu,” katanya.






#inkues #Zara Qairina Mahathir #spesimen tulisan tangan #Nurul Atiqah Mohd Noh #Pemeriksa dokumen