MALAYSIA
Inkues Zara Qairina beralih ke lokasi kejadian untuk simulasi jatuhan
Fokus tertumpu kepada saksi kelima, Inspektor Maidon Bernandus, dan inkues dijadual bersambung semula di mahkamah selepas simulasi selesai.
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, hari ini beralih tumpuan ke lokasi kejadian di sekolah berasrama penuh tempat arwah ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu, bagi melaksanakan simulasi jatuhan.
Ringkasan AI
Simulasi dijadual berlangsung di blok asrama sekolah tersebut, bertujuan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kedudukan arwah ketika ditemui.
Demonstrasi dijangka melibatkan penggunaan patung dalam dua keadaan - tanpa tolakan dan dengan tolakan minimum.
Seawal jam 7 pagi, suasana di hadapan sekolah dilaporkan tenang dan terkawal, dengan kawalan ketat oleh anggota polis bagi menjamin keselamatan serta kelancaran proses simulasi.
Kawasan sekolah hanya dibuka kepada pihak berkaitan, manakala orang awam tidak dibenarkan mendekati lokasi.
Fokus media hari ini tertumpu kepada saksi kelima, Inspektor Maidon Bernandus dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, yang sebelum ini telah menjalankan ujian simulasi awal pada 3 Ogos.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Shah Amir Hassan dijadual bersambung semula di mahkamah pada sebelah petang selepas simulasi selesai dijalankan.
Ringkasan AI
- Inkues kematian Zara Qairina beralih ke lokasi kejadian bagi melaksanakan simulasi menggunakan patung dalam dua keadaan - tanpa tolakan dan dengan tolakan minimum.
- Polis mengawal ketat kawasan sekolah sejak awal pagi, dengan akses terhad kepada pihak berkaitan sahaja.
- Fokus tertumpu kepada saksi kelima, Inspektor Maidon Bernandus, dan inkues dijadual bersambung semula di mahkamah selepas simulasi selesai.