MALAYSIA
Inkues: Zara Qairina dipanggil ke dorm lain, empat pelajar lakukan ‘spot check’
Joan (tengah) berkata saksi memberitahu mahkamah bahawa selepas kejadian itu, Zara dilihat pulang ke dorm sekitar jam 11 malam dalam keadaan menangis di depan lokarnya sambil menafikan tuduhan mencuri. -Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini diteruskan dengan keterangan saksi kanak-kanak ke-27 di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu.
Ringkasan AI
Saksi merupakan pelajar asrama Blok Rabiatul Adawiyah yang menetap di dorm A3-5, sama seperti arwah Zara Qairina.
"Zara dipanggil ke bilik A3-6 pada malam 15 Julai oleh seorang pelajar senior tingkatan empat untuk menjelaskan isu kehilangan kad bank yang dikaitkan dengannya," katanya kepada media selepas prosiding.
Peguam bela Joan Goh, yang mewakili salah seorang tertuduh kanak-kanak berkata perkara itu dimaklumkan saksi selepas ditanya semasa pemeriksaan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Katanya, saksi juga merupakan antara empat pelajar yang melakukan pemeriksaan atau ‘spot check’ terhadap lokar dan beg milik Zara pada malam kejadian.
"Empat pelajar telah melakukan spot check terhadap lokar Zara dan menemui satu pin Jalur Gemilang di bahagian poket hadapan beg sandangnya yang berwarna hitam," katanya lagi.
Joan berkata, saksi turut memberitahu mahkamah bahawa selepas kejadian itu, Zara dilihat pulang ke dorm sekitar jam 11 malam dalam keadaan menangis di depan lokarnya sambil menafikan tuduhan mencuri.
"Saksi mendengar Zara menangis sambil berkata, ‘Aku nda curi bah, sial.’
"Saksi juga memberitahu bahawa dia pernah melihat Zara menulis dalam sebuah diari berkulit ungu dan hijau yang mengandungi catatan mengenai hasratnya untuk menjadi anggota Badar," ujarnya.
Peguam itu menambah, berdasarkan keterangan saksi, 15 Julai 2025 merupakan kali pertama Zara dipanggil oleh pelajar senior dan saksi tidak pernah melihat arwah dibuli sebelum itu.
Setakat ini, sebanyak 34 saksi termasuk saksi kanak-kanak telah dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berkenaan.
Inkues kematian Zara akan bersambung pada 5, 6 dan 7 November ini, dengan tujuh lagi saksi kanak-kanak dijadual tampil memberi keterangan.
Ringkasan AI
- Saksi ke-27 inkues kematian Zara Qairina beri keterangan bahawa arwah dipanggil ke bilik pelajar senior pada malam 15 Julai berhubung isu kehilangan kad bank.
- Saksi turut terlibat dalam pemeriksaan lokar Zara dan melihat arwah menangis sambil menafikan tuduhan mencuri, serta menyebut hasrat Zara untuk menyertai Badar dalam diari miliknya.
- Inkues akan bersambung pada 5 hingga 7 November dengan tujuh lagi saksi kanak-kanak dijadual tampil, menjadikan jumlah saksi setakat ini kepada 34 orang.
Saksi merupakan pelajar asrama Blok Rabiatul Adawiyah yang menetap di dorm A3-5, sama seperti arwah Zara Qairina.
"Zara dipanggil ke bilik A3-6 pada malam 15 Julai oleh seorang pelajar senior tingkatan empat untuk menjelaskan isu kehilangan kad bank yang dikaitkan dengannya," katanya kepada media selepas prosiding.
Peguam bela Joan Goh, yang mewakili salah seorang tertuduh kanak-kanak berkata perkara itu dimaklumkan saksi selepas ditanya semasa pemeriksaan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Katanya, saksi juga merupakan antara empat pelajar yang melakukan pemeriksaan atau ‘spot check’ terhadap lokar dan beg milik Zara pada malam kejadian.
"Empat pelajar telah melakukan spot check terhadap lokar Zara dan menemui satu pin Jalur Gemilang di bahagian poket hadapan beg sandangnya yang berwarna hitam," katanya lagi.
Joan berkata, saksi turut memberitahu mahkamah bahawa selepas kejadian itu, Zara dilihat pulang ke dorm sekitar jam 11 malam dalam keadaan menangis di depan lokarnya sambil menafikan tuduhan mencuri.
"Saksi mendengar Zara menangis sambil berkata, ‘Aku nda curi bah, sial.’
"Saksi juga memberitahu bahawa dia pernah melihat Zara menulis dalam sebuah diari berkulit ungu dan hijau yang mengandungi catatan mengenai hasratnya untuk menjadi anggota Badar," ujarnya.
Peguam itu menambah, berdasarkan keterangan saksi, 15 Julai 2025 merupakan kali pertama Zara dipanggil oleh pelajar senior dan saksi tidak pernah melihat arwah dibuli sebelum itu.
Setakat ini, sebanyak 34 saksi termasuk saksi kanak-kanak telah dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berkenaan.
Inkues kematian Zara akan bersambung pada 5, 6 dan 7 November ini, dengan tujuh lagi saksi kanak-kanak dijadual tampil memberi keterangan.
#inkues
#Zara Qairina Mahathir
#bilik pelajar senior
#isu kehilangan kad bank
#pemeriksaan lokar Zara