[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Inkues: Zara Qairina dipanggil ke dorm senior berkaitan dakwaan curi malam sebelum tragedi - Saksi

Yasmin Natasha 29/09/2025 | 11:22 MYT
Saksi berkata, dia mendengar suara kuat seperti memarahi Zara dari bilik itu, namun tidak dapat mengenal pasti individu yang bercakap. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Saksi ke-14 yang merupakan saksi pelajar keenam, menyatakan di Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa kemungkinan punca Zara Qairina Mahathir ditemui di tingkat bawah asrama pada pagi 16 Julai lalu ada kaitan dengan tuduhan mencuri pada malam sebelum kejadian.


Ringkasan AI
  • Saksi pelajar keenam dalam inkues kematian Zara Qairina memaklumkan bahawa Zara dipanggil ke dorm pelajar senior pada malam sebelum kejadian berkaitan tuduhan mencuri dompet dua pelajar.
  • Saksi mendengar suara kuat seperti memarahi Zara, namun tidak dapat mengenal pasti individu yang bercakap, dan hanya mengetahui identiti pelajar senior terbabit pada keesokan harinya.
  • Saksi turut mengesahkan menghantar sepucuk surat privasi kepada bilik asrama Zara, yang diterima dan dibacakan oleh salah seorang ahli dorm berkenaan.


Peguam Shahlan Jufri berkata, menurut saksi itu, Zara Qairina dipanggil ke sebuah bilik asrama pelajar senior pada jam 10.20 malam, 15 Julai.

"Saksi memberitahu mahkamah, Zara dipanggil kerana dua kes kecurian melibatkan kehilangan dompet dua pelajar.

"Saksi terdengar isu kecurian disebut dalam perbualan, namun tidak jelas. Beberapa ketika kemudian, empat senior termasuk dua pelajar yang dikenali saksi masuk ke dorm untuk berjumpa dengan Zara.

"Saksi juga mendengar suara kuat seperti memarahi Zara, tetapi tidak dapat pastikan siapa yang bercakap. Pada malam itu, saksi tidak tahu siapa senior yang berbuat demikian, hanya mengetahuinya pada keesokan hari," katanya sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin.

Shahlan turut berkongsi, pada prosiding itu, Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan juga mengemukakan beberapa soalan kepada saksi tersebut.

Difahamkan, pertanyaan tersebut adalah mengenai penyerahan sepucuk surat daripada saksi itu kepada pelajar yang merupakan ahli bilik asrama Zara Qairina.

Shahlan berkata, saksi itu mengesahkan bahawa dia ada menghantar sepucuk surat privasi kepada bilik berkenaan.

"Saksi memaklumkan, surat itu telah diterima oleh seorang pelajar yang juga ahli dorm Zara dan dibacakan selepas diserahkan," katanya.

#Zara Qairina Mahathir #Inkues Zara #Saksi pelajar #tuduhan mencuri