[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Inkues Zara Qairina disambung pagi ini

Astro Awani 08/09/2025 | 00:35 MYT
Pada prosiding hari ini, saksi dari Jabatan Kimia dijangka memberi keterangan mengenai ketulenan diari yang didakwa milik arwah Zara Qairina.
KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Suasana di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, tenang dan terkawal di mana hanya pihak yang berkenaan dibenarkan berada di perkarangan Kompleks Mahkamah.

Seawal jam 7 pagi, pasukan polis dilihat berkawal bagi memastikan keselamatan dan kelancaran prosiding, manakala petugas media mula berkumpul sejam kemudian untuk membuat liputan.

Tumpuan media turut terarah kepada seorang saksi dari Jabatan Kimia, sebagai saksi kedua dalam prosiding inkues seterusnya, sekali gus menarik perhatian ramai.

Di luar kompleks mahkamah pula, hanya beberapa individu dilihat menunggu bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung prosiding itu.

Prosiding hari ini dimaklumkan, saksi dari Jabatan Kimia akan memberi keterangan mengenai ketulenan diari yang didakwa milik arwah Zara Qairina.




#Zara Qairina Mahathir #Kota Kinabalu #inkues #saksi