MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Doktor sahkan kecederaan otak trauma punca kematian
Dr Pavankumar Balachandran dari Jabatan Neurosurgeri HQE mengesahkan punca kematian Zara Qairina adalah kecederaan otak trauma teruk dengan komplikasi hipoksia-iskemia. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Prosiding inkues pada petang ini menyaksikan saksi seterusnya, Dr Pavankumar Balachandran dari Jabatan Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ringkasan AI
Beliau tampil memberi keterangan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa punca kematian arwah adalah akibat kecederaan otak trauma yang teruk dengan komplikasi hipoksia-iskemia.
Menurut Dr Pavankumar, Zara dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE pada jam 4.38 pagi, 16 Julai lalu, selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolahnya di Kinarut.
Jelasnya, pesakit tiba dalam keadaan kritikal dan intubasi telah dilakukan.
Berdasarkan penilaian awal neurologi menunjukkan Glasgow Coma Scale (GCS) E1VTM1, dengan anak mata tetap dan melebar serta tiada refleks batang otak.
“Pemeriksaan luaran mendapati terdapat hematoma dan luka koyak di bahagian belakang kepala, selain kecederaan pada pergelangan tangan kiri, kedua-dua pergelangan kaki, serta buku lali kiri yang mengalami luka terbuka,” katanya.
Imbasan CT pada otak turut menunjukkan pendarahan subarachnoid yang meluas, pendarahan subdural, pembengkakan otak serta tanda awal herniasi tonsillar.
Bagaimanapun, tiada retakan pada tengkorak ditemui.
Dr Pavankumar sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Neurosurgeri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari tahun 2021 hingga 2023, sebelum ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth pada Julai 2023.
Beliau memiliki pengalaman lebih empat tahun dalam bidang neurosurgeri, menjelaskan pesakit dirawat oleh pasukan multidisiplin melibatkan Jabatan Kecemasan, Ortopedik, Pembedahan Am dan Anestesiologi.
Katanya, satu perbincangan bersama keluarga turut diadakan bagi menjelaskan keadaan Zara yang kritikal dengan prognosis sangat tipis.
Zara kemudiannya dimasukkan ke Wad Neurosurgeri pada jam 6.40 petang hari sama, namun tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Julai kira-kira jam 1.07 tengah hari.
Allahyarham sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai, sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kinarut dan seterusnya dipindahkan ke HQE untuk rawatan lanjut.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Shah Amir Hassan akan bersambung bagi mendengar keterangan saksi seterusnya.
Ringkasan AI
- Dr Pavankumar Balachandran dari Jabatan Neurosurgeri HQE mengesahkan punca kematian Zara Qairina adalah kecederaan otak trauma teruk dengan komplikasi hipoksia-iskemia.
- Pemeriksaan menunjukkan pendarahan dan pembengkakan otak, luka di kepala, patah dan luka terbuka pada pergelangan tangan serta kaki, namun tiada retakan tengkorak dikesan.
- Zara dimasukkan ke wad neurosurgeri dalam keadaan kritikal dan tidak menunjukkan pemulihan sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.