MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Dua patung digunakan untuk simulasi jatuhan - Peguam
Menurut Ram, patung yang digunakan bukan crash test dummies sebenar, sebaliknya hanya digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan. - Foto Astro AWANI
PAPAR: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini menyaksikan demonstrasi jatuhan di lokasi kejadian menggunakan dua patung (mannequin) baharu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat berhubung insiden itu.
Ringkasan AI
Peguam, Datuk Ram Singh berkata, kedua-dua patung itu dilengkapkan dengan bekas air bagi mencapai berat 53 kilogram, hampir menyerupai fizikal Allahyarham.
"Patung baharu ini dipasang semula dengan bekas air untuk mendapatkan berat yang diperlukan. Pasukan CSI juga memanjat ke jeriji untuk menguji beberapa arah, termasuk tolakan dan tanpa tolakan. Kami cuba semua kemungkinan," katanya kepada media selepas lawatan ke lokasi.
Beliau yang mewakili salah seorang daripada lima remaja dituduh berkaitan kes Zara Qairina menambah, demonstrasi itu dilakukan di tingkat tiga bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini dan akan membantu pihak mahkamah menilai semula keadaan jatuhan.
Menurutnya, patung yang digunakan bukan crash test dummies sebenar, sebaliknya hanya digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan.
"Kami hanya mahu menunjukkan impak dan lokasi jatuhan. Bezanya hampir tiada antara menggunakan air dan batu bata, kecuali semasa impak," jelasnya.
Ram Singh berkata, simulasi itu juga mendapati kedudukan impak konsisten dengan foto bukti yang ditandakan sebagai I7.
Beliau memaklumkan bahawa soalan lanjut akan diajukan semasa prosiding bersambung semula di mahkamah jam 3 petang.
Beliau turut menegaskan bahawa locus in quo atau lawatan ke lokasi kejadian adalah penting dalam mana-mana kes jenayah serius.
"Bagi mana-mana kes serius, locus in quo adalah penting. Ia membantu menjelaskan situasi sebenar. Kami juga perhatikan tiada CCTV di kawasan itu," ujarnya.
Beliau mengesahkan, dua mesin basuh domestik turut berada berhampiran lokasi jatuhan dan kawasan itu dipastikan selamat sepanjang simulasi berlangsung.
Rombongan Mahkamah Koroner termasuk Hakim Koroner Shah Amir Hassan, pegawai penyiasat, peguam dan pihak berkaitan meninggalkan lokasi sekitar jam 11.50 pagi tadi selepas selesai pemeriksaan dan demonstrasi.
Prosiding inkues akan disambung semula petang ini di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Ringkasan AI
- Inkues Zara Qairina jalankan demonstrasi jatuhan di lokasi kejadian menggunakan dua patung seberat 53 kg untuk menilai semula keadaan insiden.
- Simulasi dilakukan di tingkat tiga asrama dengan pelbagai sudut jatuhan; hasilnya konsisten dengan bukti foto, namun patung hanya mannequin keras tanpa sendi.
- Lawatan lokasi penting untuk kes serius, tiada CCTV ditemui; prosiding bersambung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu jam 3 petang.