MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Dua saksi pelajar beri keterangan hari ini
Prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu SMKA Tun Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-22 hari ini.
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-22 hari ini dengan dua orang saksi pelajar tampil memberikan keterangan.
Ringkasan AI
Saksi pelajar ke-12 selesai memberi keterangan kira-kira jam 11.30 pagi tadi, manakala keterangan saksi pelajar ke-13 dijadualkan bersambung pada sesi petang.
Saksi berkenaan hadir memberi keterangan dengan ditemani bapanya sebagai pendamping sepanjang prosiding yang dijalankan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Dalam pada itu, pasukan pakar forensik dokumen yang hadir ke mahkamah sejak semalam, menyambung pemeriksaan pusingan kedua ke atas dokumen berkaitan.
Pasukan tersebut terdiri daripada Tay Eue Kam, Dzulkiflee Ismail dan Wan Nur Shuhaila Mat Desa.
Pemeriksaan ini melibatkan 11 item dokumen yang baru dibuka oleh saksi ke-17, seorang ahli kimia dan pakar DNA, bagi tujuan perbandingan dengan bahan ekshibit lain yang telah ditender di mahkamah serta dokumen yang dibekalkan oleh pihak anak guam Shahlan Jufri.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Ringkasan AI
- Prosiding inkues kematian pelajar SMKA Tun Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-22 dengan dua saksi pelajar tampil memberi keterangan, termasuk seorang yang ditemani bapanya sebagai pendamping.
- Pasukan pakar forensik dokumen menyambung pemeriksaan pusingan kedua terhadap 11 item dokumen yang dibuka oleh saksi ke-17, seorang ahli kimia dan pakar DNA, untuk perbandingan dengan bahan ekshibit lain.
- Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth keesokan harinya.