MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Guru dan warden tahu amalan toreh lengan buat ‘barcode’ - Saksi
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh (kanan) mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini dimaklumkan bahawa wujud amalan menoreh lengan dikenali sebagai “barcode” membabitkan segelintir pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Ringkasan AI
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi pelajar ke-13 memaklumkan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, bahawa ketika tingkatan satu, beliau pernah melihat beberapa rakan dan pelajar sama tingkatan melakukan amalan tersebut,
“Menurut saksi, “barcode” merujuk kepada perbuatan menoreh lengan sendiri menggunakan pemotong (cutter) sehingga meninggalkan kesan luka menyerupai garisan.
“Saksi berkata amalan itu biasanya dilakukan secara sendiri oleh pelajar dan jarang ditunjukkan kepada rakan lain. Beliau juga mengakui pernah melakukannya sebanyak tiga kali kerana terikut-ikut dengan trend rakan sebatch,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.
Malah, saksi turut memaklumkan bahawa guru dan warden sekolah mengetahui mengenai kewujudan amalan “barcode”, namun tidak pasti bagaimana mereka mendapat tahu tentang perkara tersebut.
Saksi pelajar ke-13 itu merupakan pelajar yang tinggal di aras sama dan mengenali Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
"Saksi ini juga memaklumkan bahawa pada malam 15 Julai 2023, beliau bersama seorang rakan senior lain telah dipanggil oleh pelajar lain untuk membantu “menyelesaikan kes melibatkan Zara”, berhubung tuduhan mencuri milik seorang pelajar junior.
"Menurut saksi, beliau diminta untuk mengikut kumpulan pelajar senior lain bagi bertanyakan sendiri kepada Zara mengenai tuduhan berkenaan," katanya lagi.
Saksi tersebut selesai memberikan keterangan kira-kira pada pukul 4 petang hari ini.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner dimaklumkan mengenai amalan menoreh lengan dikenali sebagai -barcode- dalam kalangan segelintir pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, yang dilakukan secara sendiri menggunakan pemotong sehingga meninggalkan kesan luka menyerupai garisan.
- Saksi pelajar ke-13 mengaku pernah melakukan amalan tersebut sebanyak tiga kali kerana terikut trend rakan sebatch, dan memaklumkan guru serta warden sekolah mengetahui kewujudannya.
- Saksi turut dipanggil oleh pelajar lain pada malam sebelum kejadian untuk membantu -menyelesaikan kes melibatkan Zara- berhubung tuduhan mencuri, sebelum Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia keesokan harinya.