MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Kenyataan Shafie Apdal subjudis, boleh ganggu prosiding - Peguam
Ram Singh (foto) berkata kenyataan dibuat Mohd Shafie seolah-olah mencabar kewibawaan mahkamah dan berpotensi menjejaskan perjalanan inkues. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir disifatkan sebagai subjudis, dan berpotensi mengganggu kelancaran perjalanan inkues.
Ringkasan AI
Peguam bela yang mewakili Pelajar A, Datuk Ram Singh menegaskan kenyataan dibuat ahli politik tersebut seolah-olah mencabar kewibawaan mahkamah dan berpotensi menjejaskan perjalanan inkues.
“Kami berhujah bahawa kenyataan itu bersifat subjudis dan boleh menjejaskan perjalanan inkues.
"Justeru, mahkamah telah mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan notis tunjuk sebab dikeluarkan bagi memberi peluang kepada beliau menjelaskan perkara tersebut,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
Ram Singh menjelaskan, selepas mendengar hujahan semua pihak serta sokongan daripada pihak berkepentingan termasuk pegawai pengendali, mahkamah memutuskan agar notis berkenaan disediakan dan dilaksanakan hari ini.
Menurutnya, perintah itu dibuat di bawah Order 52, Rule 2B Rules of Court yang membolehkan individu terbabit memberi penjelasan berhubung kenyataannya sebelum sebarang tindakan menghina mahkamah dipertimbangkan.
Sebelum ini, Mohd Shafie menarik perhatian ramai apabila didakwa menyifatkan insiden kematian Zara Qairina sebagai satu pembunuhan dan bukan kes buli.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial itu, Mohd Shafie berkata, "Itu budak sudah mati, bukan buli, it's a murder (ia satu pembunuhan). Betul kah?" yang kemudiannya disambut dengan suara hadirin menjawab, "Betul."
Sementara itu, peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, prosiding inkues melibatkan Pelajar A berjalan lancar setakat ini.
“Kita lakukan sedikit penyesuaian kerana prosiding ini melibatkan saksi kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak.
"Soalan-soalan diajukan dengan lebih ringkas dan mudah difahami, manakala pendamping turut disediakan. Bagi Pelajar A, pendamping yang ditetapkan adalah bapanya sendiri,” jelasnya.
Ram Singh ketika dihubungi Astro AWANI turut memaklumkan kemungkinan Pelajar A akan menyambung keterangan pada Selasa.
Ringkasan AI
- Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai pembunuhan dianggap subjudis dan berpotensi ganggu prosiding inkues.
- Mahkamah arahkan notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau di bawah Order 52, Rule 2B Rules of Court sebelum pertimbang tindakan menghina mahkamah.
- Prosiding inkues melibatkan Pelajar A berjalan lancar dengan penyesuaian khas untuk saksi kanak-kanak, dan beliau dijangka sambung beri keterangan pada Selasa.