MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Kenyataan 'touch-touch' Kak M dibuat ketika emosi tidak stabil - Saksi
Mahkamah Koroner dimaklumkan pelajar dikenali sebagai Kak M pernah mengeluarkan ugutan terhadap Zara Qairina ketika dalam keadaan emosi tidak stabil. -Gambar fail
KOTA KINABALU : Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, diberitahu bahawa pelajar dikenali sebagai ‘Kak M’ telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika emosinya tidak stabil.
Ringkasan AI
Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, 31, berkata pelajar itu melafazkan ayat berbunyi, “Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni” selepas mengetahui adiknya diejek oleh Zara Qairina dan seorang rakan.
“Seperti yang saya katakan, Kak M ketika itu dalam keadaan emosi tidak baik. Dia sendiri memberitahu kami ia berpunca daripada keadaan biliknya yang kotor dan bersepah.
“Kebetulan ketika itu dia melalui bilik adiknya dan ternampak adiknya berjumpa dengan Zara serta seorang lagi pelajar. Itu sebabnya dia mengeluarkan kenyataan tersebut, hanya itu,” katanya.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang kanak-kanak terbabit dalam kes tersebut, berhubung mesej berbaur ugutan yang diterima Zara Qairina semasa di sekolah.
Menurut Azhari, insiden ejekan terhadap adik Kak M berlaku secara bertulis apabila Zara Qairina dan seorang lagi pelajar meninggalkan nota berbunyi: “Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior.”
“Nama panggilan adik Kak M juga disebut dalam bukti yang telah kami serahkan kepada pihak polis,” jelasnya.
Menjawab soalan lanjut, Azhari menjelaskan bahawa istilah ‘sok sok’ bermaksud berpura-pura menjadi sesuatu, manakala ‘orku’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘orang kuat’.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner dimaklumkan pelajar dikenali sebagai Kak M pernah mengeluarkan ugutan terhadap Zara Qairina ketika dalam keadaan emosi tidak stabil.
- Ugutan berlaku selepas Kak M melihat Zara mengejek adiknya, disusuli nota ejekan bertulis yang menyebut adik Kak M sebagai sok orku.
- Ketua warden menjelaskan istilah sok sok bermaksud berpura-pura dan orku merujuk kepada orang kuat, serta menegaskan insiden berlaku dalam konteks tekanan emosi.
Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, 31, berkata pelajar itu melafazkan ayat berbunyi, “Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni” selepas mengetahui adiknya diejek oleh Zara Qairina dan seorang rakan.
“Seperti yang saya katakan, Kak M ketika itu dalam keadaan emosi tidak baik. Dia sendiri memberitahu kami ia berpunca daripada keadaan biliknya yang kotor dan bersepah.
“Kebetulan ketika itu dia melalui bilik adiknya dan ternampak adiknya berjumpa dengan Zara serta seorang lagi pelajar. Itu sebabnya dia mengeluarkan kenyataan tersebut, hanya itu,” katanya.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang kanak-kanak terbabit dalam kes tersebut, berhubung mesej berbaur ugutan yang diterima Zara Qairina semasa di sekolah.
Menurut Azhari, insiden ejekan terhadap adik Kak M berlaku secara bertulis apabila Zara Qairina dan seorang lagi pelajar meninggalkan nota berbunyi: “Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior.”
“Nama panggilan adik Kak M juga disebut dalam bukti yang telah kami serahkan kepada pihak polis,” jelasnya.
Menjawab soalan lanjut, Azhari menjelaskan bahawa istilah ‘sok sok’ bermaksud berpura-pura menjadi sesuatu, manakala ‘orku’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘orang kuat’.

#Zara Qairina Mahathir
#Kak M
#inkues
#Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
#Azhari Abd Sagap