Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner benarkan mula prosiding terhadap Shafie Apdal, Mona Din

Hakim Koroner mendapati terdapat prima facie bagi kesalahan menghina mahkamah selepas meneliti kertas kausa, dan dokumen permohonan akan diserahkan kepada kedua-dua individu dalam tempoh dua minggu. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan aktivis, Mona Din berhubung kenyataan berkaitan kematian Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan aktivis Mona Din berhubung kenyataan berkaitan kematian Zara Qairina Mahathir.
- Hakim Koroner mendapati terdapat prima facie bagi kesalahan menghina mahkamah selepas meneliti kertas kausa, dan dokumen permohonan akan diserahkan kepada kedua-dua individu dalam tempoh dua minggu.
- Mohd Shafie didakwa menyifatkan kematian pelajar itu sebagai pembunuhan dan mempersoalkan siasatan polis serta pakar forensik, manakala Mona Din didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap mahkamah di Facebook berkaitan prosiding inkues.
Dokumen permohonan akan diserahkan kepada Mohd Shafie dan Mona Din atau nama sebenarnya Che Muna Din dalam tempoh dua minggu.
Untuk rekod, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan dalam satu ucapan di Sandakan sebelum ini menyifatkan kematian pelajar Tingkatan Satu itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
Sementara itu, Mona Din didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap mahkamah di laman Facebook miliknya pada 4 September lalu berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami