[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Inkues Zara Qairina: Notis hina mahkamah sedia diserahkan kepada Shafie Apdal

Yasmin Natasha 24/09/2025 | 04:15 MYT
Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, bagaimanapun berkata pihaknya masih belum dapat memastikan bila notis tersebut akan diserahkan kepada Shafie. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Notis tunjuk sebab berhubung kes menghina mahkamah terhadap Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, susulan kenyataan yang didakwa dibuatnya berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir, telah sedia untuk diserahkan.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, bagaimanapun berkata pihaknya masih belum dapat memastikan bila notis tersebut akan diserahkan kepada Shafie.

"Notis tunjuk sebab itu telah dikeluarkan oleh Koroner, Amir Shah Amir Hassan, pada Isnin lalu dan kini menunggu proses penyerahan rasmi kepada Ahli Parlimen Semporna berkenaan," katanya ketika ditemui media sewaktu beliau bersama pasukannya memasuki bangunan mahkamah pada Rabu.

Sebelum ini, dalam satu rakaman video yang tular, Mohd Shafie menarik perhatian ramai apabila didakwa menyifatkan insiden kematian Zara Qairina sebagai satu pembunuhan dan bukan kes buli.

Rakaman video itu menjadi tular di media sosial.



BERITA LANJUT MENYUSUL



#Zara Qairina Mahathir #Mohd Shafie Apdal #Notis Tunjuk Sebab