MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Pakar forensik dokumen lakukan pemeriksaan kedua
Pemeriksaan ini melibatkan 11 item dokumen yang baru dibuka oleh saksi ke-17, seorang ahli kimia dan pakar DNA.
KOTA KINABALU: Pasukan pakar forensik dokumen dijadualkan hadir ke prosiding inkues Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Ringkasan AI
Pasukan tersebut terdiri daripada Tay Eue Kam, Dr Dzulkiflee Ismail dan Dr Wan Nur Shuhaila Mat Desa, yang akan menjalankan pusingan kedua pemeriksaan ke atas dokumen berkaitan.
Pemeriksaan ini melibatkan 11 item dokumen yang baru dibuka oleh saksi ke-17, seorang ahli kimia dan pakar DNA, bagi tujuan perbandingan dengan bahan ekshibit lain yang telah ditender di mahkamah serta dokumen yang dibekalkan oleh pihak anak guam Shahlan Jufri.
Proses pemeriksaan dijadual berlangsung selama dua hari sehingga Selasa, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Pada hari ini juga, saksi pelajar ke-11 mula memberikan keterangan dengan ibunya hadir sebagai pendamping.
Dijangkakan dua orang saksi pelajar akan tampil memberi keterangan sepanjang hari.
Terdahulu, pada Khamis lalu, saksi ke-19 yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan memaklumkan kepada mahkamah bahawa seorang pelajar telah mengeluarkan perkataan "bodoh" ketika menyoal mangsa.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Ringkasan AI
- Pasukan pakar forensik dokumen hadir ke inkues Zara Qairina, bagi menjalankan pemeriksaan kedua ke atas 11 dokumen baharu yang dibuka oleh saksi pakar DNA.
- Pemeriksaan berlangsung selama dua hari di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, bertujuan membandingkan dokumen dengan ekshibit sedia ada dan bahan daripada pihak Shahlan Jufri.
- Saksi pelajar ke-11 mula beri keterangan hari ini, susulan kenyataan saksi ke-19 minggu lalu mengenai insiden verbal terhadap mangsa sebelum kematian tragisnya pada 16 Julai.