MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi dibawa ke mahkamah
Patung tersebut sebelum ini digunakan dalam simulasi jatuhan pada 3 Ogos lalu di blok asrama sekolah tempat arwah ditemui tidak sedarkan diri. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mencuri perhatian hari ini apabila saksi kelima, Inspektor Maidon Bernadus, membawa masuk sebuah patung ke Mahkamah Koroner sebagai bahan bukti.
Ringkasan AI
Patung tersebut sebelum ini digunakan dalam simulasi jatuhan pada 3 Ogos lalu di blok asrama sekolah tempat arwah ditemui tidak sedarkan diri.
Ia dibalut dengan kertas sebelum dibawa masuk ke bilik mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi, bersama seorang lagi pegawai polis.
Semalam, peguam bela Datuk Ram Singh meminta agar patung itu dibawa ke mahkamah bagi meneliti tahap kerosakan selepas digunakan dalam ujian simulasi.
Inspektor Maidon, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, menjelaskan bahawa dua ujian telah dijalankan dengan menjatuhkan patung seberat anggaran berat Zara Qairina dari tingkat tiga koridor asrama sekolah di Kinarut, Papar.
Menurutnya, simulasi pertama dilakukan tanpa tolakan, manakala ujian kedua melibatkan tolakan minimum.
“Hasil simulasi pertama menunjukkan jarak jatuhan patung dari dinding bangunan ke tanah ialah 2.14 meter, manakala simulasi kedua mencatatkan 3.45 meter.
"Kesimpulannya, simulasi pertama lebih hampir dengan lokasi arwah ditemui,” katanya.
Selain Maidon, dua pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) - Dr Janefer Voo dari Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Dr Pavankumar Balachandran dari Jabatan Bedah Saraf - turut memberi keterangan semalam.
Mereka menjelaskan keadaan kritikal arwah ketika dibawa ke HQE pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya akibat kecederaan otak traumatik yang teruk.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Shah Amir Hassan dijangka berlangsung sehingga tengah hari sebelum disambung dengan lawatan ke lokasi kejadian esok.
Ringkasan AI
- Patung simulasi dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti ujian jatuhan.
- Ujian menunjukkan jarak jatuhan paling hampir dengan lokasi arwah ditemui.
- Doktor sahkan kecederaan otak traumatik sebagai punca kematian.