MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi rosak, hasilkan bunyi 'boom'
Simulasi jatuhan patung dari tingkat tiga asrama menghasilkan bunyi hentakan kuat dan menunjukkan kerosakan fizikal pada patung, selari dengan kecederaan dialami Zara Qairina. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar dilaporkan telah rosak.
Ringkasan AI
Pegawai polis, Inspektor Maidon Bernados yang menjalankan simulasi itu semula di lokasi kejadian berkata, bunyi yang terhasil ketika patung berkenaan dijatuhkan adalah bunyi hentakan yang kuat.
"Ia bunyi jatuhan 'boom' yang kuat," katanya ketika menjawab soalan peguam, Datuk Ram Singh semasa prosiding inkues yang berlangsung di sini pada Selasa.
Ditanya lanjut oleh Ram sama ada bunyi itu kuat disebabkan objek tersebut adalah patung dan bagaimana pula bunyinya jika ia manusia, beliau menjawab:
"Ya (sebab patung). Sama juga (kuat jika manusia), ya mungkin sama," katanya sambil meminta agar patung itu dibawa pada prosiding seterusnya yang dijadualkan Rabu.
Koroner, Amir Shah Amir Hassan dalam pada itu berkata, jika patung tersebut masih ada ia boleh dibawa ke mahkamah.
Dalam keterangannya juga, Maidon turut membuat pengecaman gambar kedudukan Zara Qairina ketika ditemui di tingkat bawah bangunan asrama, selepas ditanya Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad yang bertindak sebagai pegawai pengendali prosiding tersebut.
Beliau turut diminta menjelaskan sebab kembali ke lokasi kejadian untuk membuat simulasi pada waktu yang sama dengan kejadian sebenar iaitu sekitar jam 3 pagi.
"Saya mengambil masa membuat simulasi pada jam 3 pagi untuk sama dengan masa kejadian sebenar," katanya.
Namun, beliau menjelaskan bahawa tiada pelajar berada di lokasi semasa simulasi kerana ia dijalankan pada hujung minggu ketika semua pulang ke rumah masing-masing.
Selain itu, Maidon memaklumkan bahawa patung digunakan dalam simulasi tersebut dipinjam dari Hospital Queen Elizabeth dan kini sudah rosak.
Sementara itu, pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, serta pasukan peguam yang mewakili bapa, Mahathir Hashim @ Marikin, memaklumkan akan meneruskan prosiding dengan menyoal saksi berkenaan pada Rabu.
Pasukan peguam kedua-dua belah pihak ibu dan bapa Zara Qairina masing-masing diwakili oleh Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser serta Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.
Ram pula sebagai wakil salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina hadir bersama pasukannya iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala empat lagi tertuduh diwakili Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.
Kesemua pasukan tersebut merupakan pihak berkepentingan dalam inkues bagi merungkai kematian pelajar Tingkatan Satu itu pada 17 Julai lalu.
Inkues sepanjang bulan ini turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali, iaitu Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Simulasi jatuhan patung dari tingkat tiga asrama menghasilkan bunyi hentakan kuat dan menunjukkan kerosakan fizikal pada patung, selari dengan kecederaan dialami Zara Qairina.
- Inspektor Maidon Bernandus menjelaskan simulasi dilakukan pada jam 3 pagi untuk menyerupai masa kejadian sebenar, dengan patung seberat 53kg dipinjam dari Hospital Queen Elizabeth.
- Prosiding inkues akan bersambung dengan keterangan lanjut daripada saksi sama, dan patung simulasi dijangka dibawa ke mahkamah untuk penilaian fizikal.