MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Peguam keluarga lantik pakar sendiri siasat dokumen
Peguam keluarga Zara Qairina memohon kebenaran Mahkamah Koroner untuk membawa masuk pakar tulisan tangan sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan kes. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini memberi tumpuan terhadap permohonan peguam keluarga untuk membawa masuk pakar tulisan tangan mereka sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan.
Ringkasan AI
Peguam keluarga, Rizwandean M Borhan berkata, terlalu awal untuk menilai isi kandungan dokumen yang didedahkan kerana ia baru diterima semalam dan hari ini.
“Kami sudah memohon kepada Mahkamah Koroner supaya pakar kami sendiri dibenarkan membuat pemeriksaan. Itu lebih baik berbanding tergesa-gesa membuat kesimpulan,” katanya.
Beliau menegaskan pihaknya mahu mendapatkan pendapat kedua bagi mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan.
Menurutnya, pakar yang dilantik dijangka datang dari Kuala Lumpur minggu depan, namun bergantung kepada pengaturan bersama Jabatan Kimia.
Katanya lagi, dokumen asal hanya dibuka meterainya di mahkamah oleh saksi daripada Jabatan Kimia hari ini, sekali gus menjelaskan kenapa pemeriksaan tidak dapat dibuat lebih awal.
Untuk prosiding esok, dua orang doktor dari hospital serta seorang saksi daripada sekolah dijangka tampil memberi keterangan.
Selain itu, beberapa pegawai penyiasat turut berkemungkinan dipanggil.
Ringkasan AI
- Peguam keluarga Zara Qairina memohon kebenaran Mahkamah Koroner untuk membawa masuk pakar tulisan tangan sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan kes.
- Permohonan dibuat kerana dokumen baru diterima dan hanya dibuka meterainya di mahkamah hari ini oleh saksi dari Jabatan Kimia.
- Dua doktor hospital dan seorang saksi dari sekolah dijangka beri keterangan esok, bersama kemungkinan kehadiran beberapa pegawai penyiasat.