MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Pengetua hanya tahu sistem ketua dorm selepas kes
Sistem tersebut menempatkan pelajar Tingkatan Empat sebagai ketua di dorm pelajar Tingkatan Satu hanya selepas insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: Pengetua sebuah sekolah agama memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau hanya mengetahui mengenai sistem ketua dorm yang diamalkan di sekolah berkenaan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Sistem tersebut menempatkan pelajar Tingkatan Empat sebagai ketua di dorm pelajar Tingkatan Satu hanya selepas insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Shaharoom Hashim, 51, yang merupakan saksi ke-47 berkata, sistem itu tidak diamalkan di sekolah tempatnya bertugas sebelum ini kerana pelajar senior ditempatkan di bilik berasingan daripada pelajar junior.
Dalam prosiding tersebut, peguam Shahlan Jufri bertanya sama ada beliau mengetahui bahawa terdapat satu atau dua pelajar Tingkatan Empat ditempatkan di dorm pelajar Tingkatan Satu dan sejak bila sistem itu dilaksanakan.
"Saya maklum yang di tempat itu sebagai ketua dorm. (Bila tahu sistem) waktu berlaku kes ini, saya maklum adik-adik itu akan ada ketua yang menjaga mereka, tetapi tidak pasti daripada Tingkatan Lima atau Tingkatan Enam kah.
"Untuk di sekolah sebelum ini (sekolah tempatnya bertugas sebelum ini) semua pelajar Tingkatan Satu adalah pelajar Tingkatan Satu (tidak ada pelajar senior ditempatkan dalam dorm pelajar junior).
"Setakat yang saya ingat, di Tingkatan Satu di hujung akan dipantau pelajar senior tetapi tidak satu bilik," jelasnya ketika memberi keterangannya di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di sini pada Selasa.
Saksi kemudian diminta menjelaskan sebab sistem itu diguna pakai di asrama sekolah berkenaan, selain diminta memberikan pandangannya berdasarkan pengalaman pentadbiran, adakah sistem tersebut bermanfaat untuk pelajar junior.
"Sekiranya ada pelajar senior, maka ada tempat mereka bertanya sebab anak-anak Tingkatan Satu ini baru masuk, jadi untuk mereka membuat rujukan," katanya.
Ditanya lanjut mengenai kemungkinan keburukan kepada pelajar Tingkatan Satu, beliau berpendapat hanya seorang pelajar senior dilantik sebagai ketua untuk menjaga pelajar junior berkenaan.
Saksi itu turut menegaskan, pelajar sering diberi peringatan agar merujuk sebarang masalah kepada guru dan tidak dibenarkan menyoal pelajar junior, selain tidak membenarkan budaya penggunaan kata-kata kasar.
"Yang pasti, semua kata-kata kesat tidak dijadikan budaya pendidikan yang baik," jelasnya yang baru bertugas di sekolah itu pada April lalu.
Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sistem ketua dorm di sekolah agama menempatkan pelajar Tingkatan Empat sebagai ketua selepas insiden kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
- Pengetua memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sistem tersebut tidak diamalkan di sekolah sebelumnya, di mana pelajar senior ditempatkan di bilik berasingan.
- Pengetua sekolah berpendapat sistem ketua dorm bermanfaat untuk pelajar junior, tetapi menegaskan pentingnya larangan kata-kata kasar dan meminta pelajar merujuk masalah kepada guru.
Sistem tersebut menempatkan pelajar Tingkatan Empat sebagai ketua di dorm pelajar Tingkatan Satu hanya selepas insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Shaharoom Hashim, 51, yang merupakan saksi ke-47 berkata, sistem itu tidak diamalkan di sekolah tempatnya bertugas sebelum ini kerana pelajar senior ditempatkan di bilik berasingan daripada pelajar junior.
Dalam prosiding tersebut, peguam Shahlan Jufri bertanya sama ada beliau mengetahui bahawa terdapat satu atau dua pelajar Tingkatan Empat ditempatkan di dorm pelajar Tingkatan Satu dan sejak bila sistem itu dilaksanakan.
"Saya maklum yang di tempat itu sebagai ketua dorm. (Bila tahu sistem) waktu berlaku kes ini, saya maklum adik-adik itu akan ada ketua yang menjaga mereka, tetapi tidak pasti daripada Tingkatan Lima atau Tingkatan Enam kah.
"Untuk di sekolah sebelum ini (sekolah tempatnya bertugas sebelum ini) semua pelajar Tingkatan Satu adalah pelajar Tingkatan Satu (tidak ada pelajar senior ditempatkan dalam dorm pelajar junior).
"Setakat yang saya ingat, di Tingkatan Satu di hujung akan dipantau pelajar senior tetapi tidak satu bilik," jelasnya ketika memberi keterangannya di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di sini pada Selasa.
Saksi kemudian diminta menjelaskan sebab sistem itu diguna pakai di asrama sekolah berkenaan, selain diminta memberikan pandangannya berdasarkan pengalaman pentadbiran, adakah sistem tersebut bermanfaat untuk pelajar junior.
"Sekiranya ada pelajar senior, maka ada tempat mereka bertanya sebab anak-anak Tingkatan Satu ini baru masuk, jadi untuk mereka membuat rujukan," katanya.
Ditanya lanjut mengenai kemungkinan keburukan kepada pelajar Tingkatan Satu, beliau berpendapat hanya seorang pelajar senior dilantik sebagai ketua untuk menjaga pelajar junior berkenaan.
Saksi itu turut menegaskan, pelajar sering diberi peringatan agar merujuk sebarang masalah kepada guru dan tidak dibenarkan menyoal pelajar junior, selain tidak membenarkan budaya penggunaan kata-kata kasar.
"Yang pasti, semua kata-kata kesat tidak dijadikan budaya pendidikan yang baik," jelasnya yang baru bertugas di sekolah itu pada April lalu.
Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah sistem ketua dorm yang melibatkan pelajar Tingkatan Empat di asrama sekolah agama tersebut hanya dilaksanakan selepas insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir?
A: Pengetua sekolah agama tersebut hanya mengetahui mengenai sistem ketua dorm tersebut selepas insiden yang menimpa Zara Qairina Mahathir. - Q: Bagaimanakah sistem ketua dorm di sekolah tempat Shaharoom Hashim bertugas sebelum ini berbeza daripada sistem yang diamalkan di sekolah agama tersebut?
A: Di sekolah tempat Shaharoom Hashim bertugas sebelum ini, pelajar senior ditempatkan di bilik berasingan daripada pelajar junior, berbeza dengan sistem di sekolah agama yang melibatkan pelajar Tingkatan Empat sebagai ketua di dorm pelajar Tingkatan Satu. - Q: Apakah pandangan Shaharoom Hashim berdasarkan pengalaman pentadbiran mengenai keberkesanan sistem ketua dorm untuk pelajar junior?
A: Shaharoom Hashim berpendapat sistem ketua dorm bermanfaat kerana pelajar junior boleh merujuk kepada pelajar senior, serta dapat mengelakkan penggunaan kata-kata kasar dan menggalakkan budaya pendidikan yang baik. - Q: Mengapa Shaharoom Hashim menegaskan bahawa penting untuk pelajar merujuk sebarang masalah kepada guru dan tidak menyoal rakan sebaya?
A: Shaharoom Hashim menekankan pentingnya pelajar merujuk sebarang masalah kepada guru kerana hanya seorang pelajar senior dilantik sebagai ketua untuk menjaga pelajar junior, dan untuk mengelakkan budaya penggunaan kata-kata kasar di kalangan pelajar. - Q: Siapakah pihak yang hadir sebagai wakil ibu Allahyarham Zara Qairina dalam prosiding inkues?
A: Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser, dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.