MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Polis sahkan terima laporan kebocoran maklumat saksi pelajar
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata laporan itu dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili saksi dirujuk sebagai Pelajar A, di Balai Polis Luyang sekitar jam 4 petang Jumaat.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan pada Jumaat berhubung kebocoran maklumat melibatkan seorang saksi bawah umur dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata laporan itu dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili saksi dirujuk sebagai Pelajar A, di Balai Polis Luyang sekitar jam 4 petang Jumaat.
“Susulan laporan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan. Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Terdahulu pada Jumaat, saksi remaja itu sepatutnya memberikan keterangan pada sebelah petang selepas saksi kelapan, Azhari Abd Sagap, 31, yang juga ketua warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Bagaimanapun, insiden kebocoran maklumat itu menyebabkan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 semalam ditangguhkan ke Isnin selepas saksi berkenaan didapati tidak berada dalam keadaan emosi yang sesuai untuk memberikan keterangan.
Menurut Ram, maklumat yang dibocorkan, termasuk kenyataan saksi yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, tersebar secara meluas di media sosial, termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau turut mendedahkan bahawa satu video yang dimuat naik ke Tiktok turut mendedahkan nama lima pelajar dan kejadian itu menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada anak guamnya serta ahli keluarga mereka.
Perkara ini, tegasnya, menyalahi undang-undang, khususnya di bawah Akta kanak-kanak 2001 serta peruntukan lain yang melindungi kerahsiaan prosiding mahkamah.
Koroner Amir Shah Amir Hassan turut meluahkan rasa kecewa terhadap kebocoran terbabit dan menasihatkan Ram membuat laporan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan menerima laporan daripada peguam Datuk Ram Singh berhubung kebocoran maklumat saksi bawah umur dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, dan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan dengan kerjasama MCMC.
- Kebocoran melibatkan penyebaran kenyataan saksi dan identiti lima pelajar, menyebabkan tekanan emosi kepada saksi serta keluarganya dan menyalahi undang-undang termasuk Akta Kanak-Kanak 2001.
- Prosiding inkues ditangguhkan ke Isnin selepas saksi remaja tidak berada dalam keadaan emosi sesuai untuk memberi keterangan, dan Koroner Amir Shah Amir Hassan menasihatkan agar laporan polis dibuat bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.