MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi akui pernah periksa lokar Zara, jumpa wang tunai
Joan Goh (kiri) serta Datuk Ram Singh (kanan) yang mewakili salah seorang pelajar dalam kes membabitkan Allahayarham Zara Qairina dan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues.
KOTA KINABALU: Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini mendengar keterangan daripada saksi pelajar kesembilan yang merupakan remaja yang berada di asrama semasa kejadian berlaku.
Ringkasan AI
Menurut peguam Joan Goh, saksi berkenaan memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sebelum sambutan Aidilfitri lalu, dia bersama tiga lagi rakan pernah memeriksa lokar milik Allahyarham Zara dan menemui sejumlah wang tunai di dalamnya.
“Saksi menyatakan dia sendiri pernah kehilangan wang sebelum Aidilfitri dan melaporkan perkara itu kepada pelajar senior.
“Dengan kebenaran, mereka memeriksa lokar di dorm dan menemui wang tunai kira-kira RM100 dalam lokar milik Zara,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Koroner, di sini.
Peguam itu berkata, saksi turut memaklumkan bahawa wang tersebut kemudian dipulangkan semula kepada pelajar yang kehilangan duit, manakala bakinya sekitar RM30 diberikan kembali kepada Zara Qairina.
Difahamkan, saksi ini mengenali Allahyarham Zara Qairina sebagai rakan sekolah.
Dalam pada itu, Joan turut menjelaskan bahawa sebelum prosiding bermula hari ini, pihaknya membangkitkan bantahan terhadap beberapa soalan yang dikemukakan oleh peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina kepada saksi tersebut.
“Pada Jumaat lalu, kami membantah 16 soalan yang menyentuh perasaan serta pandangan terhadap anak guam kami.
“Koroner telah membenarkan bantahan itu sebahagian besarnya, dan beberapa soalan telah dipadamkan daripada rekod,” katanya.
Joan mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina dan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues berkenaan.
Prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung dengan keterangan saksi seterusnya esok.
Ringkasan AI
- Inkues kematian Zara Qairina mendengar keterangan saksi pelajar kesembilan yang memaklumkan pernah menemui wang tunai dalam lokar Allahyarham sebelum Aidilfitri, yang sebahagiannya dipulangkan kepada pelajar lain dan baki kepada Zara.
- Peguam Joan Goh membangkitkan bantahan terhadap beberapa soalan peguam ibu Allahyarham yang menyentuh perasaan anak guamnya, dan Koroner membenarkan sebahagian besar bantahan tersebut.
- Prosiding inkues di Mahkamah Koroner diteruskan esok dengan keterangan saksi seterusnya, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.