awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2026
08:00 MYT
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya.
KOTA KINABALU: Ibu Pelajar A mendakwa banyak aduan berkaitan kehilangan barang pelajar di asrama tidak diambil serius oleh pihak sekolah sepanjang tempoh anaknya bersekolah di institusi berkenaan.
Menurut saksi, aduan berhubung kehilangan barang secara besar-besaran pernah dibangkitkan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp kelas anaknya, namun didakwa tidak diberi perhatian sewajarnya.
“Saya pernah membuat aduan pada 15 Julai 2025 apabila bertanyakan sama ada anak-anak kehilangan barang. Rupa-rupanya ramai pelajar mengalaminya.
“Saya maklumkan terdapat kehilangan besar-besaran di asrama dan saya mahu mengumpul maklumat untuk membuat laporan kepada pengetua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kementerian,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, di sini, pada Isnin.
Saksi berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya merangkap pegawai pengendali, Mohd Fairuz Johari, berhubung aduan yang dikemukakannya kepada pihak sekolah mengenai kehilangan barang milik anaknya di asrama sekolah tersebut.
Apabila ditanya sama ada aduannya diambil serius atau tindakan diambil oleh pihak sekolah, saksi menjawab:
“Tiada. Jika ada maklum balas sekalipun, ia tidak menyeluruh dan seolah-olah tergantung. Selepas itu senyap dan tidak memuaskan hati saya.”
Beliau berpandangan pihak sekolah seolah-olah memandang remeh aduan yang dikemukakan.
“Saya bertanya kepada anak saya sama ada ada tindakan diambil seperti perjumpaan dengan warden atau rondaan dibuat, namun tiada,” dakwanya.
Saksi turut mendakwa tiga aduan telah dibuat berhubung kehilangan barang milik anaknya sepanjang tempoh persekolahan, namun anaknya dipersalahkan atas alasan kecuaian.
“Tiga kali. Pertama, lokernya diumpil dan barang peribadi seperti sabun serta pencuci muka hilang. Kasut tidak hilang tetapi digunakan sehingga rosak. Pada 3 dan 15 Julai 2025 pula, wang tunai hilang.
“Jika kad bank hilang, saya tidak boleh memindahkan wang belanja kepadanya. Kad pengenalan tidak hilang. Wang yang hilang itu dikumpulnya sehingga RM300, pemberian neneknya untuk dijadikan kenangan.
“Namun respons warden ialah Pelajar A cuai,” jelasnya ketika ditanya mengenai kesan kejadian tersebut terhadap anaknya dan tindakan pihak sekolah.
Dalam pada itu, saksi berpendapat sekiranya aduan tersebut diambil serius sejak awal, kejadian yang berlaku mungkin dapat dielakkan.
Terdahulu, barisan peguam diketuai Datuk Ram Singh bersama Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili Pelajar A dalam kes di Mahkamah Kanak-Kanak hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), di sini. -- Sinar Harian



Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#aduan kehilangan barang pelajar
#saksi
#ibu pelajar A
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan