MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah sikap tegas arwah cetus rasa kurang senang rakan pelajar
Pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir. -Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, hari ini diberitahu bahawa sikap arwah yang suka menegur rakan serta mencatat nama pelajar yang tidak hadir solat berjemaah menjadi antara sebab segelintir pelajar tidak menyukainya.
Ringkasan AI
Peguam bela yang mewakili ibu arwah, Rizwandean M Borhan berkata, kenyataan dibuat saksi pelajar ke-7 itu juga menyifatkan Zara sebagai seorang pelajar baik, peramah dan bercita-cita menjadi badar (pelajar yang membantu memantau kehadiran ke surau).
Namun, tindakan Zara menegur dan mencatat ketidakhadiran solat berjemaah dikatakan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sebayanya.
"Saksi itu turut menceritakan insiden pada malam 15 Julai 2025, apabila Zara masuk ke dalam dormnya dan dilihat dalam keadaan takut selepas dikaitkan dengan kes kecurian.
"Tidak lama kemudian, empat pelajar lain masuk ke dorm tersebut, lalu memarahi Zara dengan suara kuat dan mengeluarkan kata-kata kesat, menyebabkan arwah menangis," katanya ketika sidang media di luar pekarangan mahkamah.
Tambahnya, berdasarkan keterangan saksi, pelajar lain yang berada di dalam dorm ketika kejadian tidak berani untuk campur tangan.
Seorang lagi pelajar yang memeriksa lokar milik Allahyarham mendakwa telah menemui pin bendera milik pelajar lain, yang dipercayai menjadi punca kemarahan terhadap Allahyarham.
Mahkamah Inkues akan bersidang semula di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada 7 Oktober bagi mendengar keterangan saksi pelajar kelapan.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Laporan awal menyebut mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Ringkasan AI
- Saksi pelajar ke-7 mendedahkan sikap tegas Zara yang suka menegur dan mencatat nama pelajar tidak hadir solat berjemaah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sebaya.
- Pada malam kejadian, Zara dilihat dalam keadaan takut selepas dikaitkan dengan kes kecurian, sebelum dimarahi dan dihina oleh empat pelajar lain sehingga menangis.
- Lokar Zara didakwa mengandungi pin bendera milik pelajar lain, dipercayai menjadi punca kemarahan; pelajar lain yang menyaksikan insiden tidak berani campur tangan.