MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi diminta sampaikan pesanan kepada pelajar lain supaya berhenti sindir Zara
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini diberitahu bahawa seorang rakan Zara Qairina Mahathir yang bersekolah di tempat lain pernah menghubungi saksi ke-37 melalui aplikasi TikTok bagi meminta beliau menasihati pelajar lain berhenti menyindir pelajar tingkatan satu itu.
Perkara itu didedahkan oleh saksi bawah umur ke-28 dalam inkues kematian Zara Qairina menerusi keterangannya yang dilakukan secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Shah Amir Hassan di sini pada Rabu.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan pelajar senior yang tinggal di dorm berlainan dan mengenali Zara Qairina sebagai pelajar junior sahaja.
"Saksi merupakan seorang ahli kumpulan pelajar Circle Nineteen dan tidak mempunyai konflik dengan Zara. Saksi menggambarkan Zara sebagai seorang pelajar periang, sopan dan menghormati senior. Saksi tidak pernah melihat Zara murung, marah, atau mempunyai masalah dengan pelajar lain.
"Saksi pernah bercakap dengan Zara di sekolah untuk menyampaikan pesanan daripada seorang kawan Zara (yang bersekolah di tempat lain) yang menghubungi beliau dari aplikasi TikTok.
"Menurut saksi, kawan Zara tersebut ada meminta saksi memberitahu Zara, dan menasihati pelajar tingkatan satu, dua dan tiga supaya berhenti menyindir Zara," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini.
Bagaimanapun menurut Mohd Syarulnizam, saksi tidak ingat tarikh perbualan tersebut dan tidak menyebut nama pelajar yang terlibat.
"Menurut saksi, apabila dia bercakap dengan Zara tentang perkara ini, Zara hanya menjawab 'Ndatau' (tidak tahu)," katanya.
Tambah peguam, saksi memberitahu pada 16 Julai lalu sekitar jam 11.15 pagi dia bersama beberapa pelajar senior dan junior berkumpul di surau bersama beberapa guru lain.
"Ketika itu, saksi mendengar beberapa pelajar beritahu kepada cikgu bahawa Zara menulis dan menyimpan buku diari. Tetapi bila cikgu meminta pelajar mencari buku tersebut tidak ada pelajar yang berani menawarkan diri.
"Melihat keadaan tersebut, saksi menawarkan diri untuk membantu mencari buku diari milik Zara. Selepas itu, saksi bersama seorang guru pergi ke blok dorm Zara dan naik sendirian ke dorm tersebut.
"Sebaik berada di dalam bilik dorm Zara, saksi cuba membuka beberapa almari pelajar. Semua almari berkunci, kecuali satu almari yang dipercayai milik Zara. Saksi membuka almari tersebut dan mengecam ada baju bergantung di dalam almari tersebut dengan tanda nama Zara.
"Saksi lihat dalam almari tersebut dan memeriksa satu beg sekolah warna hitam, di dalam poket besar beg tersebut, saksi menemui dua buku diari iaitu satu buku hijau bertulis 'Love & Peace' dan satu lagi buku berwarna ungu bertulis 'Simple Style'. Saksi berkata, ketika itu dia seorang saja di dalam bilik dorm Zara," katanya.
Mohd Syarulnizam berkata, dalam keterangan saksi mengakui sempat membelek kedua-dua buku tetapi tidak membacanya dengan teliti.
"Saksi kemudiannya terus turun bawah dan bergerak semula ke surau bersama guru tersebut dan apabila tiba di surau, saksi menyerahkan buku-buku tersebut kepada seorang lagi guru. Saksi berkata dia nampak cikgu membaca sebahagian kandungan buku tersebut di hadapan pelajar lain dan menyimpan buku tersebut.
"Saksi menyatakan beliau tidak tahu apa tujuan sebenar mereka diminta mencari diari tersebut dan dia tidak mengetahui atau ingat sama ada Zara menulis sebarang nota khusus dalamnya," katanya.
Bercakap mengenai malam kejadian 15 Julai pula, saksi memberitahu dia tidak melihat apa-apa ketika itu dan hanya terbangun keesokan harinya sekitar jam 4.50 pagi lalu bersiap ke sekolah.
Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. - Sinar Harian