MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi kedua sambung beri keterangan, tiga pakar tambahan hadir ke mahkamah
Peguam yang mewakili ibu Zara, Nizam Salleh menunjukkan replika diari milik Allayarham Zara Qairina Mahathir. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-13 hari ini dengan sambungan keterangan daripada saksi pelajar kedua pada sesi pagi.
Ringkasan AI
Dalam masa sama, mahkamah turut menerima kehadiran tiga pakar forensik dokumen sebagai pakar tambahan, iaitu Tay Eue Kam dari PHA Handwriting Services; Dr Dzulkiflee Ismail, Pensyarah dan Penyelidik Kanan Program Sains Forensik, Universiti Sains Malaysia (USM); serta Dr Wan Nur Syuhaila Mat Desa, juga dari program yang sama di USM.
Peguam kepada ibu Allahyarham, Nizam Salleh, menjelaskan bahawa pemeriksaan dokumen tambahan ini bertujuan membantu mahkamah memahami bukti bertulis dengan lebih mendalam, selain memastikan siasatan dijalankan secara profesional, bebas dan berasaskan kaedah saintifik.
“Pasukan ini menggunakan makmal forensik mudah alih dengan skop pemeriksaan terperinci, termasuk analisis dakwat dan pen, penggunaan cahaya UV/IR, teknik ESDA untuk mengesan tulisan tersembunyi, serta analisis tekanan dan urutan penulisan.
“Kaedah saintifik seperti FTIR Spectroscopy turut digunakan bagi mengenal pasti komposisi dakwat dan bahan kertas,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
Sebelum ini, Dr Linthini Gannetion dari SD Forensic Document Services telah memberi analisis awal terhadap beberapa dokumen bertulis yang dikaitkan dengan kes berkenaan.
Pemeriksaan tersebut melibatkan rekonstruksi helaian yang koyak, analisis peralihan tulisan, serta perbandingan visual dengan sampel tulisan bagi tujuan penentuan penulis.
Semalam, seorang pelajar yang didakwa terlibat dalam kes buli membabitkan Zara selesai memberi keterangan di Mahkamah Koroner.
Pelajar tersebut, yang merupakan saksi kanak-kanak pertama dalam prosiding ini, mula memberi keterangan semalam dan selesai pada jam 3.30 petang.
Saksi pertama, dikenali sebagai Pelajar A, memaklumkan kepada mahkamah bahawa Allahyarham telah dipanggil ke sebuah dorm lain pada malam 15 Julai lalu untuk disiasat berhubung satu kes kecurian.
Ringkasan AI
- Mahkamah mendengar sambungan keterangan daripada pelajar kedua yang terlibat dalam kes.
- Pakar dari USM dan PHA Handwriting Services bantu analisis bukti bertulis secara saintifik dan bebas.
- Teknik seperti UV/IR, ESDA dan FTIR digunakan untuk analisis dakwat, tekanan tulisan dan urutan penulisan.