MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi pelajar ketujuh mula beri keterangan
Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-17 hari ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU : Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-17 hari ini dengan seorang lagi saksi pelajar tampil memberikan keterangan.
Ringkasan AI
Saksi bawah umur ketujuh berkenaan hadir ditemani ibunya sebagai pendamping sepanjang prosiding.
Peguam mewakili ibu Zara Qairina, Ram Singh memaklumkan, bahawa setakat ini saksi itu tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan.
Prosiding inkues dilakukan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, media tidak dibenarkan berada di lantai mahkamah sepanjang sesi keterangan tertutup bagi melindungi identiti saksi.
Setakat ini, seramai lapan saksi dewasa telah memberi keterangan, manakala 25 lagi saksi dewasa dijangka dipanggil pada sesi akan datang. Prosiding turut menyenaraikan 35 saksi bawah umur secara keseluruhan.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth. Laporan awal menyebut mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Ringkasan AI
- Inkues kematian Zara Qairina memasuki hari ke-17 dengan seorang lagi saksi pelajar bawah umur tampil memberi keterangan secara tertutup, ditemani ibunya sebagai pendamping.
- Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dan 25 lagi saksi dewasa dijangka dipanggil, manakala keseluruhan saksi bawah umur yang disenaraikan adalah seramai 35 orang.
- Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama.