MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi pelajar mula beri keterangan
Inkues kes yang memasuki hari ke-19, dua saksi pelajar akan memberikan keterangan pada hari ini.
KOTA KINABALU: Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memasuki hari ke-19 hari ini dengan saksi pelajar yang ke-16 menyambung keterangannya pada sesi pagi.
Pada sebelah petang, seorang lagi saksi baharu yang juga pelajar dijangka akan dipanggil memberi keterangan.
Prosiding masih dijalankan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan menerusi rakaman 'in camera.
Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan membuat liputan di dalam mahkamah bagi kes-kes yang melibatkan saksi kanak-kanak dalam prosiding tersebut.
Semalam, seorang saksi pakar dari Jabatan Kimia selesai memberi keterangan pada berhubung analisis sampel DNA.
Inkues yang bermula pada 3 September lalu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bertujuan menyiasat punca kematian Zara Qairina, yang ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, pada 16 Julai.
Setakat ini, seramai 35 saksi kanak-kanak dan 33 saksi dewasa telah memberikan keterangan dalam inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Laporan awal menyatakan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.