MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Seorang pelajar dituduh pindah bilik selepas kejadian, trauma - Saksi
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Seorang pelajar yang dituduh di mahkamah dalam kes membabitkan Allayarham Zara Qairina Mahathir, masih lagi mengalami trauma dan sudah berpindah ke bilik lain selepas kejadian.
Perkara tersebut didedahkan saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, yang memberitahu pelajar itu berpindah beberapa minggu selepas kematian Allayarham.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina, Shahlan Jufri.
Pada 20 Ogos lalu, lima remaja perempuan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina. Bagi tujuan inkues ini, kelima-lima pelajar itu dinamakan sebagai A, B, C, D dan E.
Shahlan: Saya andaikan B,C,D dan E masih lagi ketua dorm?
Azhari: D dan C bukan ketua dorm, B dan E yang ketua dorm. Tetapi lepas kejadian, E bukan lagi ketua dorm sebab dia beritahu dengan kejadian itu dan dia tidak boleh lagi menginap di bilik itu. B saya tak pasti (sama ada masih ketua dorm atau tidak).
Azhari juga berkata, tiada perbincangan dilakukan antara warden mengenai penamatan jawatan ketua dorm bagi B,C,D dan E.
Prosiding yang memasuki hari kesembilan masih lagi berlangsung.
Media sebelum ini melaporkan, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pada 20 Ogos atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.
Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.
Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, SMKA Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, dekat sini antara jam 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.