MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Simulasi jatuhan patung konsisten dengan bukti gambar
Simulasi jatuhan patung dari tingkat tiga asrama menunjukkan hasil yang konsisten dengan keadaan sebenar Zara Qairina ditemui, menyokong teori jatuhan sebagai punca kecederaan. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Simulasi jatuhan patung dari tingkat tiga asrama yang dijalankan polis didapati konsisten dengan keadaan sebenar kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, simulasi berkenaan selari dengan satu-satunya gambar yang menunjukkan keadaan arwah ditemui pada pagi kejadian.
Katanya, ujian berkenaan turut mengesahkan terdapat jatuhan, sebagaimana disokong keterangan dua doktor yang memberi keterangan dalam prosiding inkues.
“Simulasi itu dilakukan dari tingkat tiga dan kami harap esok patung yang digunakan dapat dibawa ke mahkamah untuk menunjukkan tahap kerosakan yang dialami selepas jatuhan,” katanya.
Saksi kelima, Inspektor Maidon Bernandus dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah memberitahu, simulasi dijalankan pada 3 Ogos lalu sekitar jam 3 pagi di lokasi kejadian.
Beliau berkata, ujian itu dilaksanakan bersama pegawai penyiasat dan empat anggota lain dari D10 Sabah dengan kehadiran wakil IPD Papar serta warden asrama sekolah terbabit.
Menurutnya, patung seberat 53 kilogram dijatuhkan dalam dua keadaan iaitu tanpa tolakan dan dengan tolakan minimum.
Hasil simulasi pertama tanpa tolakan menunjukkan kedudukan hampir sama dengan lokasi Zara ditemui.
Prosiding di hadapan Koroner Shah Amir Hassan akan bersambung esok dengan keterangan lanjut daripada pihak polis serta saksi berkaitan.
Ringkasan AI
- Simulasi jatuhan patung dari tingkat tiga asrama menunjukkan hasil yang konsisten dengan keadaan sebenar Zara Qairina ditemui, menyokong teori jatuhan sebagai punca kecederaan.
- Ujian dilakukan oleh pasukan JSJ D10 Sabah dengan dua senario, tanpa tolakan dan dengan tolakan minimum, dan hasil pertama menunjukkan kedudukan hampir sama dengan lokasi mangsa ditemui.
- Peguam bela berharap patung simulasi dibawa ke mahkamah untuk menunjukkan tahap kerosakan fizikal, sementara prosiding inkues akan bersambung dengan keterangan lanjut daripada pihak polis.