MALAYSIA

Inkues Zara Qairina: ‘Tiada sentuhan, tapi suasana tegang’ – Saksi kanak-kanak

Fadhil Selihin 07/11/2025 | 11:05 MYT
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang.
KOTA KINABALU: Prosiding hari ke-34 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini mendengar keterangan saksi kanak-kanak ke-30, seorang pelajar tingkatan dua di SMK (A) Tun Datu Mustapha, Kinarut.


Ringkasan AI
  • Saksi kanak-kanak ke-30 dalam prosiding Inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah bahawa Zara hanya merupakan kenalan biasa yang terakhir berjumpa untuk meminta maaf kerana menulis surat yang memalukan seorang pelajar di bilik dorm.
  • Ketegangan berlaku apabila adik perempuan saksi mengeluarkan kata-kata amaran terhadap Zara tanpa sebarang sentuhan fizikal berlaku, namun dua pelajar tingkatan empat berjaya menenangkan keadaan.
  • Pelajar senior menasihati Zara dan rakan-rakan supaya berhati-hati dalam tindakan mereka, selepas itu saksi tidak lagi melihat Zara sehingga beliau ditemui tidak sedarkan diri dan kemudiannya meninggal dunia di hospital.


Saksi berkenaan memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mengenali Zara sebagai kenalan biasa dan kali terakhir berjumpa arwah adalah pada hujung April lalu ketika Zara datang ke sebuah bilik dorm untuk meminta maaf kepada seorang pelajar lain.

Menurutnya, permohonan maaf itu dibuat selepas Zara dikatakan menulis sepucuk surat yang mengandungi unsur memalukan pelajar tersebut.

Peguam bela kanak-kanak, Joan Goh, menjelaskan semula butiran keterangan itu kepada media selepas prosiding.

"Saksi ini hanya mengenali Zara sebagai kawan biasa. Dia menceritakan Zara datang ke dorm untuk memohon maaf kerana surat yang ditulisnya.

"Ketika itu, dua pelajar tingkatan empat turut masuk dan bertanya apa yang berlaku,” katanya.

Ketegangan tercetus apabila adik perempuan saksi secara tiba-tiba bersikap emosi dan mengeluarkan kata-kata amaran terhadap Zara, namun saksi menegaskan tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku sepanjang kejadian.

“Adik perempuan saksi dilihat agak emotional dan berkata sesuatu seperti ‘kalau saya sentuh kamu, habislah kamu’. Namun dua pelajar tingkatan empat menariknya keluar dan menenangkannya,” katanya lagi.

Menurut Goh, pelajar senior kemudian menasihati Zara dan beberapa pelajar lain supaya tidak mengulangi perbuatan menulis surat yang boleh menyinggung perasaan rakan asrama.

Saksi turut memaklumkan bahawa itulah kali terakhir beliau melihat Zara sebelum pelajar tingkatan satu itu ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah berkenaan beberapa minggu kemudian.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.

Prosiding inkues akan bersambung Isnin ini dengan keterangan saksi kanak-kanak seterusnya.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah peristiwa yang menyebabkan Zara Qairina Mahathir meminta maaf kepada seorang pelajar lain sebelum beliau meninggal dunia?
    A: Zara Qairina Mahathir meminta maaf kepada seorang pelajar lain kerana didakwa menulis sepucuk surat yang mengandungi unsur memalukan pelajar tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pelajar tingkatan empat ketika adik perempuan saksi bersikap emosi terhadap Zara?
    A: Dua pelajar tingkatan empat menarik adik perempuan saksi keluar dan menenangkannya apabila beliau bersikap emosi dan mengeluarkan kata-kata amaran terhadap Zara.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh pelajar senior kepada Zara dan beberapa pelajar lain setelah kejadian meminta maaf?
    A: Pelajar senior menasihati Zara dan beberapa pelajar lain supaya tidak mengulangi perbuatan menulis surat yang boleh menyinggung perasaan rakan asrama.



#inkues Zara Qairina #saksi kanak-kanak #peguam bela #Joan Goh #ditemukan meninggal dunia #terkini