MALAYSIA
Inkues: Zara Qairina tidak mengaku curi dompet, duit dan IC rakan - Saksi
Pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
KOTA KINABALU: “Kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga".
Ringkasan AI
Demikian kata seorang pelajar kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika menyoalnya berhubung kejadian kehilangan dompet di asrama sekolah pada malam 15 Julai lalu.
Pelajar itu, hari ini menjadi saksi bawah umur ke-10 memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi itu memberitahu, bahawa Zara Qairina disyaki sebagai individu yang mengambil dompet berisi wang tunai dan kad pengenalan milik rakan sebilik pelajar terbabit.
"Saksi itu memaklumkan bahawa pada malam kejadian kira-kira pukul 9 malam, dia meminta seorang pelajar lain memanggil Zara datang ke biliknya bersama beberapa rakan bagi berbincang mengenai kehilangan dompet berkenaan.
“Semasa perjumpaan itu, saksi memberitahu dia menyoal Zara dengan nada biasa dan tidak marah.
“Antara soalan yang diajukan ialah, ‘Kau tahukah dompet, IC pelajar ini hilang?’ dan ‘Kau ada curikah barang pelajar ini?’.
“Namun, Zara menjawab, ‘Tiada, saya tidak ambil,’” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Koroner di sini, hari ini.
Menurut saksi itu, dia tidak mengingati tempoh sebenar pertemuan itu berlangsung dan tidak melihat sebarang reaksi emosi luar biasa daripada Zara Qairina ketika itu.
Katanya, tidak lama kemudian, seorang pelajar lain masuk ke dorm berkenaan dan bertanya beberapa soalan kepada Zara Qairina sebelum keluar dan kembali bersama dua rakan lain.
Ketiga-tiga mereka kemudian turut menyoal Zara Qairina berhubung kehilangan barang tersebut.
“Pada masa itu saksi ini juga ada cakap, ‘Kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga,’ tapi Zara tetap tidak mengaku,” ujarnya lagi.
Saksi berkenaan turut memaklumkan bahawa dia tidak lagi terlibat dalam perbualan selepas itu, dan meninggalkan bilik tersebut bersama dua pelajar lain manakala beberapa lagi rakan masih bersama Zara Qairina ketika dia keluar.
Saksi berkenaan selesai memberikan keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan sekitar 12.30 tengah hari.
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu akan bersambung pada 13 Oktober 2025 (Isnin) dengan keterangan daripada saksi pelajar lain.
Ringkasan AI
- Seorang saksi pelajar bawah umur memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina, memaklumkan bahawa Zara disoal berhubung kehilangan dompet di asrama pada malam 15 Julai, namun menafikan mengambilnya.
- Saksi menyatakan tiada reaksi emosi luar biasa daripada Zara semasa pertemuan itu dan dia meninggalkan bilik selepas beberapa pelajar lain turut menyoal Zara mengenai kehilangan barang tersebut.
- Prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan bersambung pada 13 Oktober 2025 dengan keterangan daripada saksi pelajar lain bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu.