MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Tiga diari, buku latihan dan catatan tangan ditemui, diserah kepada polis
Tiga diari, beberapa buku latihan dan 15 helaian catatan tulisan tangan milik Zara Qairina ditemui sebelum diserahkan kepada pihak polis. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan tentang penemuan tiga diari, beberapa buku latihan, dan 15 helaian catatan tulisan tangan dipercayai milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir, sebelum diserahkan kepada polis.
Ringkasan AI
Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, berkata penemuan pertama berlaku pada 16 Julai kira-kira jam 11.15 pagi apabila seorang guru, Gloria, memaklumkan kepadanya mengenai dua diari berwarna hijau dan ungu yang ditemui di dalam lokar Zara Qairina.
“Ketika itu saya berada di Hospital Queen Elizabeth. Saya arahkan dua diari itu disimpan sementara oleh Cikgu Yuslina,” katanya ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian pelajar berusia 13 tahun itu, di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Penemuan kedua, katanya, berlaku pada 17 Julai kira-kira jam 3.30 petang apabila ibu Zara Qairina memaklumkan mahu mengambil barang peribadi anaknya di asrama.
Beliau kemudian meminta seorang lagi guru, Miswati, membantu mengemas barangan mangsa dan meletakkannya di bilik isolasi tingkat bawah bangunan asrama.
“Cikgu Miswati kemudian memaklumkan dia menemui sebuah diari berwarna coklat dan sebuah buku latihan dalam lokar Zara. Saya arahkan supaya diserahkan juga kepada Cikgu Yuslina,” katanya.
Menurut Azhari, pada pagi 18 Julai, Yuslina menyerahkan ketiga-tiga diari serta buku latihan itu kepadanya sebelum beliau menyerahkan kesemua bahan tersebut kepada pegawai penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung pada jam 5 petang hari sama.
Beliau menambah, pada 19 Julai kira-kira jam 8 pagi, Miswati turut menemui 15 helaian catatan tulisan tangan dalam rak buku kelas Zara Qairina.
Catatan itu diserahkan kepada Yuslina sebelum disampaikan kepadanya dan akhirnya diserahkan kepada Inspektor Wong pada jam 3 petang hari berkenaan.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues, Azhari turut mengesahkan beliau menyerahkan dua lagi buku latihan milik Zara subjek mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains kepada pihak polis selepas diminta.
Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, pada hari sama.
Mangsa dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya kira-kira jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayatnya digali semula bagi tujuan bedah siasat sebelum mengumumkan inkues pada 13 Ogos lalu.
Ringkasan AI
- Tiga diari, beberapa buku latihan dan 15 helaian catatan tulisan tangan milik Zara Qairina ditemui secara berperingkat antara 16 hingga 19 Julai sebelum diserahkan kepada polis.
- Penemuan dilakukan oleh guru-guru sekolah termasuk Gloria dan Miswati, dengan bahan disimpan sementara oleh Cikgu Yuslina sebelum diserahkan kepada Ketua Warden dan pegawai penyiasat.
- Inkues mendedahkan bahan bertulis itu termasuk subjek Bahasa Melayu dan Sains, dipercayai penting dalam siasatan kematian Zara yang berlaku pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth.