KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan pihaknya akan memanggil Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada 2 November ini.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Sivakumar dipanggil bagi menjawab inkuiri PAC berkaitan pengurusan dan kewangan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).
Tambahnya, turut dipanggil ialah wakil Kementerian Kewangan dalam HRD Corp yang diminta hadir pada 1 November 2023.
Menurutnya, keputusan memanggil kedua-dua saksi itu adalah disebabkan nama mereka disebut dalam prosiding pertama dan untuk berlaku adil kepada mereka.
"Saya juga ingin menjelaskan kepada media bahawa semua prosiding PAC tertakluk kepada PM 85 PPMMDR dan maklumat yang diperoleh adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
"Sehubungan itu, saya kesal dengan tindakan portal berita SCOOP pada 24 Oktober 2023 yang memaparkan artikel bertajuk “PAC bimbang kurang pemantauan dalam HRD Corp” dengan menggunakan sumber yang tak disahkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.
Mas Ermieyati pada minggu lepas berkata, jawatankuasa itu akan memulakan prosiding melibatkan program latihan dan pengurusan dana HRD Corp.
Tegasnya, walaupun isu terlibat tidak dilapor dalam Laporan Audit Negara 2022, namun PAC boleh menggunakan kuasanya mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat untuk siasatan.
Tambahnya, PAC juga telah memanggil Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Amran Ahmad pada Isnin lepas.
Ridauddin Daud
Thu Oct 26 2023
Mas Ermieyati (foto) berkata, Sivakumar dipanggil bagi menjawab inkuiri PAC berkaitan pengurusan dan kewangan HRD Corp. -Gambar fail/Bernama
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.
NAFAS perkenal Kit Pertanian Bandar, galak lebih ramai tanam sayur di rumah
NAFAS harap Kit Pertanian Bandar akan dapat memudahkan lebih banyak keluarga di kawasan bandar untuk mula menanam sayur di rumah masing-masing.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Sambutan Hari Malaysia di Bagas Zakariah imbau nostalgia zaman dahulu
Pengunjung yang hadir berbusana tahun 50-an dan 60-an disajikan dengan pertunjukan wayang pacak dan diberi peluang menyertai joget lambak.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
PDRM, agensi penguat kuasa perlu tegas kenal pasti kegiatan penunggang agama
Ketegasan penting bagi memastikan gerakan subversif yang boleh memberikan ancaman terhadap akidah umat Islam di negara ini tidak berkembang.
Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.
Umat Islam diseru perkukuh ukhwah, elak perselisihan
Ahmad Zahid berkata, ini kerana Malaysia sering dilihat sebagai contoh oleh dunia terutama dalam membawa suara Palestin.
Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR, ganti Saifuddin Nasution
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta, bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.
Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Isu HRD Corp: KESUMA diminta bentang penemuan juruaudit bebas pada PAC
PAC mahu KESUMA membentangkan penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap HRD Corp pada September ini.
HRD Corp: Siasatan SPRM menjurus kepada elemen jenayah
Fokus utama siasatan SPRM adalah menjurus kepada elemen-elemen jenayah yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.
SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen
SPRM mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna dana membabitkan syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).
Zahid nyatakan komitmen selesaikan masalah hutang Felcra, teliti syor PAC
Langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung.