awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INMARSAT nafi dakwaan Hishammuddin bahawa ia tidak dedahkan data asal MH370

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2014
07:38 MYT
INMARSAT nafi dakwaan Hishammuddin bahawa ia tidak dedahkan data asal MH370
Firma satelit di UK yang menentukan laluan penerbangan dan kedudukan akhir pesawat MH370
Syarikat satelit INMARSAT yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat.
Firma dari United Kingdom itu berkata semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.
“Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat,” kata naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN.
INMARSAT mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa data asal pesawat tersebut masih berada dalam tangan Inmarsat.
"Data asal itu tidak ada bersama pihak , Malaysia, Australia ataupun Malaysia Airlines. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin pada sidang media hari Khamis.
INMARSAT adalah syarikat yang bertanggungjawab mengenal pasti kedudukan akhir MH370 berdasarkan ‘ping’ elektronik ringkas daripada pesawat tersebut.
Data yang diperolehi menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Kami amat yakin terhadap analisis data ini yang juga telah dikaji oleh pasukan penyiasat rasmi,” tambah INMARSAT.
Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendapatkan data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Inmarsat
#MAS
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan