awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital

Bernama
Bernama
28/03/2024
10:30 MYT
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Mahadhir berkata insentif cukai itu akan diumumkan Mei ini, bagi inisiatif digital dalam harta intelek (IP) dan bukan IP dan juga dalam bentuk insentif elaun cukai pelaburan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz berkata insentif cukai itu akan diumumkan Mei ini, bagi inisiatif digital dalam harta intelek (IP) dan bukan IP dan juga dalam bentuk insentif elaun cukai pelaburan.
"Insentif ini akan diumum bersama Kementerian Digital, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri," katanya dalam kenyataan berhubung aspirasi MDEC untuk 2024 hari ini.
Mengenai Inisiatif e-Invois Kebangsaan Program Mangkin Malaysia Digital (PeMangkinMD), beliau berkata inisiatif itu bertujuan memperkasa semua saiz perniagaan untuk menerima pendigitalan dan menyelaraskan proses kewangan, yang juga sejajar dengan Pelan Hala Tuju Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Nasional (NMD2030).
Beliau berkata MDEC akan menerajui usaha untuk menggalakkan penggunaan kecerdasan buatan di negara ini dan komited untuk memajukan Malaysia ke arah menjadi kuasa digital global, memacu inovasi dan meletakkan negara sebagai hab digital pilihan ASEAN.
Selain itu, beliau berkata MDEC bakal menganjurkan Ekspo Digital Malaysia pada Oktober ini yang akan mempamerkan inisiatif dan peluang digital terkini, selain menyertai Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar di Barcelona, November ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Digital
#MDEC
#insentif cukai baharu
#Koridor Raya Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan